20 December 2018

KAMBING AKIKAH DAN SUSU KAMBING ASLI MUAR, JOHOR

Assalamualaikum and Hi :)

Warga Muar, anda masih tercari-cari kambing untuk majlis Akikah, Korban, Kenduri & Jamuan?

Pernah dengar Kambing Ternakan Patimah Mohamad?
Bagi yang tidak tahu, mereka ada menternak dan menjual kambing di Muar! Jadi lupakan segala keresahan anda, kini anda dah jumpa mana nak cari kambing di Muar! hehe

Yang paling penting, harga dijamin berpatutan!
Kawasan ternakan juga sangat bersih!
Kalau tak percaya anda boleh singgah sendiri ke sana. Rata-rata pengunjung memang memberi feedback yang sangat positif mengenai kawasan ternakan, kebersihan memang 5 STAR!




Bukan itu sahaja, mereka turut menjual susu kambing yang segar dan asli tanpa bahan pengawet!
Sepertimana yang kita sedia maklum, susu kambing segar mempunyai pelbagai khasiat dan kebaikan untuk tubuh badan kita.

Dan yang paling selalu kita dengar, orang akan mencari susu kambing asli apabila menghidap penyakit demam kuning dan Anemia. Hal ini kerana, susu kambing segar dapat membantu memulihkan pesakit dan susu kambing mempunyai sifat pengaktif antibodi yang boleh merangsang penghasilan sel-sel darah merah.

Kalau nak tahu khasiat lain susu kambing, boleh google sendiri naa! Jangan malas! ehem







Sedikit mengenai latar belakang pengusaha Kambing Ternakan Patimah Mohamad :

Merupakan seorang bekas graduan dari UTM dalam jurusan Kejuruteraan Kimia. Beliau memilih untuk meneruskan perniagaan keluarga sejurus selepas tamat belajar kerana minatnya yang mendalam dalam bidang perniagaan dan kambing ternakan!

Kalau singgah ke sana, boleh jumpa En.Faiz ☺






Ok, maklumat untuk dihubungi dah ada dekat gambar di atas. Location pun dah tepek! 

Boleh tengok FB Page diorang untuk maklumat lebih lanjut : Kambing Ternakan Patimah Mohamad

Untuk sesiapa yang berada di Muar, Johor dan kawasan sekitarnya, yang nak dapatkan Kambing Akikah atau Susu Kambing Segar bolehlah hubungi no di atas.

P/s: Oh yaa! penghantaran disediakan tauuu baik kambing ataupun susu kambing! tapi ada terms & condition applied lah. ihiks























28 November 2018

Homestay Puncak Alam


Assalamualaikum and hi :)

Lan's Homestay Puncak Alam merupakan sebuah rumah persinggahan 2 tingkat yang telah diubah suai untuk keselesaan pengunjung. Homestay ini telah beroperasi sejak bulan Mac 2018 dan sering mendapat maklum balas yang positif dari pengunjung.




Kemudahan:
   > 3 bilik tidur
   > 3 bilik mandi
   > Ruang tamu lengkap dengan TV (Njoi) dan sofa
   > 1 Ruang makan
   > Dapur lengkap dengan peti sejuk, heater, pinggan, gelas dan sudu
   > 1 Ruang solat (sejadah disediakan)
   > Tuala disediakan
   > Seterika
   > Almari baju

Lokasi:
   > Berdekatan UITM Puncak Alam
   > Berdekatan UITM Puncak Perdana
   > Berdekatan Unisel Bestari Jaya
   > Berdekatan Masjid Puncak Alam 

Prasarana berdekatan Homestay:
   > Tesco
   > Kedai makan, kedai runcit, dobi, etc
   > Cybercafe
   > McDonald
   > Stesen Minyak (mesin ATM)
   > Econsave



Ruang Tamu


Bilik Utama (aircond)


Dapur


Ruang Solat (tingkat atas)




Feedback Customer Lan's Homestay Puncak Alam 


Bagi sesiapa yang ingin berkunjung ke Puncak Alam untuk menghadiri kenduri sanak saudara atau melawat anak-anak di UITM Puncak Alam, bolehlah menginap di Lan's Homestay Puncak Alam. Pastinya kediaman ini menjanjikan persekitaran yang selesa untuk anda beristirehat selepas menempuh perjalanan jauh di samping harga yang sangat berpatutan :)


Untuk menempah, boleh hubungi:

  • 017-306 1460 (En. Faiz) 
  • 011-3222 7455 (Pn. Fatin)

Boleh juga menempah melalui: 









14 October 2017

Please say hi to me :)

Assalamualaikum and Hi :)

Ya Allah, bersawang sangat dah blog-ku ini! Sejak dah jadi suri rumah tangga sekarang ni, rasa macam banyak sangat masa terluang. Dulu rutin setiap pagi lepas bangun terus fikir pasal kerja-kerja-kerja! Sekarang, lepas bangun tidur kena fikir dulu apa ya aktiviti nak buat hari ni =.='

Kadang-kadang ada jugak rasa macam lifeless-nyaaa duduk rumah. Suami pergi kerja then terkebil lah sorang-sorang dekat rumah. Maybe I should start to write on my blog again to kill my time.

Walaupun takda orang baca, nahhhh i don't care! hahha

I should start to think what I'm gonna write on my next post. Till then, see you!




This Content Of This Blog Belongs To : Fatin Solihah