06 July 2013

Longchamp Giveaway

assalamualaikum.





geng,jom join ramai-ramai.syarat dia mudah lah sangat.petik jari 5 saat selesai. tak rugi pon join,untung-untung menang sapa tahu kan.jom join.klik link atas tu okay :)




02 July 2013

blog aku ke yang bermasalah nih?

assalamualaikum.

aktiviti waktu petang lepas hujan nih kononnya nak berblogwalking. almaklumlah tengah ada masa yang banyak nih. tapi tapi tapiii..nampaknya hasrat aku nih terbantut gara-gara masalah nih :





aku je ke yang hadapi masalah macam nih? blogger bermasalah ke lappy or line aku yang bermasalah? grrrr.nampaknya,aku kena buat kerja lain dulu lah.malam nanti baru aku sambung blogwalking balik.

eh,layan candy crush dulu.chiiawwww :)




28 June 2013

8 Tips LEBATKAN Rambut

Assalamualaikum.

lama tak berupdate. hari ni baru start cuti semester. so,insyAllah aku akan cuba untuk rajin update lepas ni.ihik. aku nak share tips untuk lebatkan rambut. aku pasti ramai yang menghadapi masalah keguguran anak rambut termasuklah aku jugak. benda baik haruslah kongsi sama sama kan 



ﻬஐ Untuk lebatkan rambut anda, anda perlu sentiasa basuh rambut anda supaya ia kekal lembap. Jangan basuh rambut anda dengan air panas. Sebaliknya basuh rambut anda dengan air sejuk.

ﻬஐ Urut kulit kepala anda. Jangan hanya meraba-raba kepala anda. Sebaliknya urut seperti anda urut pada bahagian badan yang lain. Urutan pada bahagian kepala boleh menghasilkan rambut yang lebat dan kuat. Buktinya, ada kedai gunting rambut mamak dan salon mengurut kepala pelanggan mereka untuk lebatkan rambut.

ﻬஐ Untuk lebatkan rambut, anda perlu makan banyak makanan yang mengandungi vitamin A dan vitamin D.

ﻬஐ Makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan. Sayur dan buah mengandungi vitamin B6, zink dan magnesium di mana ia penting untuk memberi kekuatan kepada rambut anda. Rambut anda akan lebat apabila rambut anda kuat.

ﻬஐ Amalkan senaman pada setiap hari atau tiga kali seminggu. Senaman akan kurangkan rasa tekanan dan melancarkan aliran darah di dalam badan. Rambut anda akan lebat apabila anda kurang tekanan atau stress. Aliran darah yang lancar juga membantu rambut anda untuk jadi sihat dan tumbuh lebat.

ﻬஐ kurangkan minum minuman yang mengandungi kafein dan banyakkan minum air kosong dan jus buah-buahan.

ﻬஐ Gunakan produk kecantikan yang boleh lebatkan rambut anda. 

ﻬஐ Elakkan menggunakan syampu yang mengandungi terlalu banyak bahan kimia. Bahan kimia seperti yang kita tahu akan memberi kesan yang teruk kepada rambut anda.


** korang ada tips lain untuk share? just leave a comment okay 

** menarik: 








This Content Of This Blog Belongs To : Fatin Solihah