20 December 2015

Sejenis Perigi Cari Timba

Assalamualaikum & hi :)


Past few weeks I have been listened to the podcast and the topic quite interesting for me, 'Perigi Cari Timba'. Basically, anything about love and relationship is interesting for me! ahhaaaa *merenyam*

So they talked about "Is it ok for ladies make the first move or does it make them look desperate"?

If you ask me personally, my answer is OK. Why not right? But of course, it depends on how you approach that guy lah. Kalau tergedik-gedik, kak leha pon pangkah awal-awal!

They also shared few tips on how to make it work and I think it could be good to share it with my readers (if there is T_T)


How Women Can Find Their Dream Man
i) Scout for candidates - you should mingle around and make friends with people
ii) Look presentable
iii) Use law of attraction - what you think will come to you
iv) Be confidence
v) Be friendly
vi) Be consistent & Pray

For more details regarding the podcast, you can visit them at:

Facebook : Rambling Monkeys Podcast
Twitter : Rambling Monkeys


and if you want to listen the podcast regarding this Perigi Cari Timba topic, please click here :)



















26 November 2015

Majlis Konvokesyen Ke-28 Universiti Utara Malaysia

Assalamualaikum & hi.

Alhamdulillah. Kak Leha kembali ke pangkal jalan lepas lama membiarkan blog ni kesepian. Gitewww intro dia!

Lebih kurang sebulan yang lepas, Kak Leha & rakan-rakan dah pun ber-convo. Fiuhhh, kalau nak cerita perjalanan sebelum convo tu, sinetron 188 episod pon kalah! Apa-apa pon, tanggal 28 October 2015 merupakan detik yang bermakna buat Kak Leha sebab dengan rasminya dah menjadi pemegang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan Antarabangsa (hons).

Nak dijadikan cerita, Kak Leha main apply je course nih sebab nama macam sedap (pon bolehhh) sekali betul-betul dapat! Hambikkk kau, masuk je UUM berdebor nak start belajar sebab tak tahu apa pasal course ni T_T. Tapi orang cakap tak kenal maka tak cinta kan. Alhamdulillah, berjaya jugak habiskan 3 tahun setengah dekat sini.

Pengalaman paling pahit? of course repeat paper! Dapat je result waktu tuh bila tengok paper kena repeat, perasaan dia macam dunia gelap sekejap. sekejap jela. Sebab rasa macam dah usaha sungguh-sungguh.  Lepas tu mula la nak menyesal bagai. Mungkin takde rezeki. Tapi perjalanan bukanlah terhenti setakat tu kan. Kita teruskan berjuang, yeah!

So, plan lepas nih nak sambung Master ke? Just wait and see jelah sebab Kak Leha tengah merancang plan yang lagi besar, InsyAllah :)




tulang belakang. sumber kekuatan. sumber kewangan. pendorong paling utama! 





congrats girls! 



Geng Mak Jemah! 


seronok main air! 





we did it! 
* pose yang paling susah nak buat. hahha * 




Lepas habis je shoot semua pakat gerak balik rumah masing-masing dah. Sorang ke Perak, ke KL, ke Johor. 



p/s : salah sorang ahli Geng Mak Jemah nak kahwin dah 2 minggu lagi. Masa tu insyAllah berkumpul balik lah kami. ihiks. 


Daaaa~
Thanks for reading :)






25 July 2015

too much to write

Assalamualaikum


Dah lama sangat tinggalkan penulisan dekat blog nih terbiar. Ampunn wahai blog kesayangan-ku! 
Semenjak dah bekerja ni, masa sangatlah terbatas. Kalau ikutkan banyak sangat benda nak cerita, tapi bila dah semua disumbatkan dalam kepala otak, lama-lama semua lupa! 

Dari Perak ke Damansara - Petaling Jaya - Ampang Park. 
banyak tempat kerja kak leha nih. kalau cerita memang complicated. akan ku cuba ringkaskan ya. hahha ^_^'

Alhamdulillah kak leha terpilih untuk sertai Ekuinas Portfolio Company Graduate Trainee Programme (EPCGTP) 2015. Untuk batch tahun ni, seramai 60 orang telah terpilih. 
Kak leha bersama 2 orang rakan lain telah di hantar oleh Ekuinas ke portfolio company mereka di bawah Integrated Food Group dan kami ditempatkan di bawah pengurusan San Francisco Coffee. 

Orang lain start kerja dah masuk office, dah dapat department masing-masing. Tapi kami bertiga ni ditugaskan untuk ke outlet San Francisco Coffee selama sebulan untuk training. Kiranya kami memang belajar dari basic. Basuh pinggan-lap meja-mop lantai hinggalah ke penyediaan makanan semua kak leha kena belajar. 

Apa yang kak leha boleh simpulkan, kerja bahagian food and beverages (f&b) ni sangatlahhhh memenatkan. Kak leha dah boleh faham perasaan orang yang kerja bahagian dapur nih. Jadi sebagai customer, janganlah kita mudah nak memaki hamun kalau makanan/minuman yang di order tu lambat sampai atau tersalah hantar. Kita tak tahu, orang di dapur tu kadang-kadang yang memasak hanya sorang / 2 orang je. Menu plak dah berderet nak kena selesaikan. So faham-fahamlah kan keserabutan yang dihadapi di bahagian dapur. 

Actually banyak lagi situasi yang boleh diceritakan, tapi kak leha share 1 je. Nanti takut berjela sangat. Situasi atas ni paling biasa kita nampak kan. Customer yang datang makan/minum memang sebolehnya nak benda yang di order tu cepat siap & cepat dihantar kepada mereka. Lambat sikit mulalah nak merungut macam-macam. Belum masuk customer yang cepat melenting, jenuhhhh nak handle! 

Kak leha dah boleh nampak keadaan dari sudut customer dan juga staff di outlet. Bagaimana kita nak tackle customer. Macam mana kita nak jaga relationship dengan customer etc.. Banyak benda sebenarnya yang kak leha belajar, walaupon mula-mula terdetik jugak "kenapa aku nak kena basuh2 pinggan, mop lantai semua ni". Tapi percayalah cakap kak leha, sebelum anda semua jadi orang atasan yang hanya tahu mengarah, pastikan anda tahu juga bagaimana orang yang di sebalik tabir ni bekerja untuk memuaskan hati orang atasan/para pelanggan. 

Sebulan kak leha training di outlet San Franc (ampang park), dalam bulan Ramadhan. Perghhh, sangat sangatt sangattt menguji keimanan. Kak leha keluar rumah sebelum subuh tauuu, almaklumlah guna public transport je. So kenalah keluar rumah awal, kadang tu sampai rumah pon da gelap balik (malam). 

Kak leha dah mengantok. nak sudahkan entri ni pon dah tersengguk. Nanti ada masa kak leha cerita lagi okay. Ni baru intro je kot nih. ihiks! 

see you! 






This Content Of This Blog Belongs To : Fatin Solihah