05 February 2012

Contest I Love Being Awesome



sebelum nak tido nih aku nak join satu contest.yeah,disebabkan contest nih awesome and aku pon awesome maka marilah semua orang-orang yang awesome untuk join contest nih bersama-sama yep.erk -______- failed bm aku nih ! ok ok.abaikan segala kesalahan tatabahasa di atas yep ( kalau ada lah,keh3)




belog penganjur dekat sini


walaupun aku tau aku bukanlah seorang yang cukup bertuah sepanjang join GA or contest,tapi aku haraplah kali nih aku bertuah sebab aku kan awesome ! hahhhaa.tarikh tutup adalah pada 29 feb 2012 iaitu sehari selepas birthday aku ( perlu ke cakap = =' )


ok done.hope menang !



jenama melambangkan gaya ?




beberapa hari lepas,aku ada ikut kawan-kawan mak aku pergi shopping handbag dekat jeddah.tapi aku dengan mak aku just ikut jewla kebetulan masa tu memang dah dekat jeddah baru lepas pegi consulate open day 2012 untuk orang-orang malaysia.so alang-alang kan ikut jewla.

then sampai dekat satu shopping mall nih.tak silap aku nama dia Rubaiyat mall.then kat situ adalah segala jenama handbag yang femes-femes amos tuh.

masuk-masuk jew kedai hanya mampu terpegun.yeah,kawan-kawan mak aku memang datang nak beli handbag tapi kitorang just nak tengok-tengok jew.hehehe..mana taknya,bila tanya harga satu handbag pon dah SR 5000 ++.even purse pon harga dah SR 1000 ++.ohh,yang nih jenama LV.tak ke nak pengsan aku yang mendengar.

then family aku keluar dari kedai LV masuk kedai lain plak.pastu tak sempat tanya harga lagi terdengar ada cashier  yang tengah melayan pembeli nak bayar handbag .total dia SR 3000 ++.fuuhh ! aku cakap,diorang nih memang dasar orang kayo-rayo ! beli barang beribu-ribu macam sehengget dua hengget ..

aku pon terfikir,perlu ke beli barang-barang yang mahal macam nih ? tak membazir ke ? sedangkan design handbag dia biasa jew aku tengok.maybe la kot material dia dari bahan yang original tapi aku tetap rasa itu sangat-sangat tak berbaloi.aku boleh dapat handbag dari design yang lagi lawa dengan harga yang berganda-ganda lagi murah.tak kisahlah cap ayam sekalipon.but,OK whatt !! hahhaa.

yeah,aku rasa harga dia mahal sebab JENAMA je pon.sebab tu aku rasa sangat-sangat tak berbaloi beli mahal-mahal.sama je macam kau beli jenama bukan kau tengok pada barang dia.

aku rasa lebih baik aku beli barang yang murah.buat apa nak beli yang mahal-mahal just sebab jenama jew.yang murah banyak apa design yang lawa-lawa.keh3.

dan golongan yang kayo-rayo nih haruslah kan nak pakai segala jenama LV GUCCI and lain-lain tuh.bagi aku biarlah cap ayam,asalkan aku puas hati.dari beli barang yang harga ribu-riban,banyak lagi benda lain yang aku boleh borong.

so,adakah dengan menggunakan barang yang berjenama akan menyerlahkan gaya atau personaliti anda ?

fikir-fikir kan lah dan jadilah pengguna yang bijak :)


# nih just opinion aku jew.lain orang lain pendapat kan.harap takde yang terasa hati yep.jomlah kongsi apa kata korang plak :)





03 February 2012

sebab malas,maka terhasillah entri gabungan macam nih.

rabu 1/2/2012

kelas bahasa arab.bila dah mak bapak budak masuk kelas,kelakar gila kot ! dok main main jep.siap ada makan makan tuh.hahhha.bila kena soal,terabur semua tak hafal.

btw,ustaz dia encem seyh ! muda lagi kot.student ummul qura mekah.baru umur 20 lebih jew baya-baya aku.tapi dah kahwin anak 2.anak dia comel.heee3 :)

yang lagi kelakar,ustaz nih memang suka makan ! bila dia dapat makan tuh...hamb0i,punya khusyuk dia.aritu ada keropok lekor orang malaysia bawakkan.dia makan sampai mangkuk kosong ! belum kira pizza lagi.hahhaa.aku tengok dia main dengan anak dia dah macam abang main dengan adik.keh3




khamis 2/2/2012  - consulate open day 2012


ini gamba pinjam dari pakcik google


ramai jugaklah orang malaysia kat sini.tapi major tak kenallah sebab ramai duduk dekat jeddah.ada jualan makanan malaysia,batik painting,jual handbag baju,permainan rakyat and lain2.yang paling dapat sambutan gerai makanan lah! petang jew orang semua dah serbu makanan sebab takut habis.borong semua ! hahhaa.

gamba pakcik google jugak


and at last dapat jugak rasa benda alah macaroon nih.10 biji sr20.aku rasa biasa jew.manis gila kot.tak tau lah apa benda yang femes sangat.maybe sebab kecomelannya kot.keh3

eh,ustaz tu pon ada jugak.dari petang ke malam makan jew aku tengok tak berhenti-henti ! hahhha.next kelas jumpa lagi yew ustaz ;)

This Content Of This Blog Belongs To : Fatin Solihah