11 March 2013

mandi malam. baik atau tidak ?

assalamualaikum.

lama blog terbiar. busy ditambah dengan idea yang kosong. makanya blog dibiarkan sepi.

kali nih aku nak kongsikan tentang kebaikan mandi pada waktu malam. orang selalu cakap, mandi waktu malam nih kurang elok untuk kesihatan. ada juga pendapat menyatakan mandi waktu malam akan mendatangkan penyakit.

tak ramai yang tahu, masih ada manfaat yang kita akan dapat jika mandi pada waktu malam. antaranya ialah :


# segar dan santai
setelah penat seharian dengan urusan di pejabat atau universiti-kelas-kolej dan sebagainya, tentu sekali badan kita ingin disirami air yang sejuk. *kalau dapat berendam tu rasa macam heaven sangat kan*. jadi, mandi selepas pulang dari melakukan aktiviti di siang hari akan membuatkan badan kita lebih segar dan berasa lebih santai. kita juga akan dapat tidur yang lebih nyenyak.

# masa lebih lama
waktu pagi adalah masa yang agak singkat. waktu pagi memang kita mandi pon express sangat kan sebabnya masa tu la nak bersiap nak pegi kerja,nak buat sarapan, yang nak pegi kelas pukul 8 pukul 7.30 baru terhegeh-hegeh nak bangun mandi *ehem* so takde maknanya lah nak mandi bershampoo- shampoo bagai pagi-pagi hari kan. jadi, waktu malam lah kita ada masa yang panjang untuk bersihkan badan secara mendalam. masa nih nak berendam tidur terus dalam tuh pon takpe -_-''. hasilnya, badan akan jadi lebih bersih.

# turunkan tekanan darah
mandi waktu malam dapat mempengaruhi tekanan darah kita. lebih-lebih lagi mandi dengan air suam. selain itu, dapat juga mengelakkan kita daripada tekanan kerja-kerja seharian.

# meregangkan otot
selepas seharian melakukan aktiviti, sesetengah otot agak tegang. oleh itu, mandi selepas pulang dari pejabat/aktiviti dapat membantu mengendurkan otot-otot yang tegang dan badan terasa lebih ringan.

# fikiran lebih tenang
biasanya, mandi pada waktu pagi akan menyebabkan kita stress sebab nak kejar masa. tetapi kalau kita mandi pada waktu malam kita tak payah nak fikir-fikir banyak dan boleh mandi dengan tenang.

sumber : majalah rapi


ini jewlah yang aku dapat kongsikan kali nih. aku pon termasuk la jugak dalam kategori suka mandi malam. bagi aku, mandi waktu malam terasa lebih segar. tapi takda lah aku nak pegi mandi tengah-tengah malam pulak kan.kang tetiba bukak pintu ada orang tunggu kang,mau pitam aku kat situ. lepas nih, boleh la aku bidas kawan-kawan aku yang suka membebel kat aku sebab suka mandi malam. siapa kata mandi malam tak bagus! ada jugak baiknya tauu. ihik ;)

which one korang prefer? mandi malam or petang ?

see again :)


menarik : Friendships are worth a lot more than you think!








25 February 2013

Muezza_stylishshawl -- ♥ Bergayalah mengikut syariat ♥

assalamualaikum :')

nak jemput awak-awak semua singgah page Muezza_stylishshawl nih. banyak pilihan shawl halfmoon yang cantik-cantik tau korang. dan yang paling penting sekali, shawl nih semestinya lebih labuh berbanding shawl lain yang terdapat di pasaran. ini bukan cakap kosong tau korang, saya sendiri dah tengok cousin saya (owner) menggayakan shawl nih ;)

selain tu, material yang digunakan adalah LYCRA HIGH QUALITYInsyaAllah tak terbentuk sebab bila pakai, awak ibarat lapiskan dua kain pada bahagian depan, tak macam tudung instant yang terbentuk susuk tubuh di bahagian hadapan.Boleh tutup sisi juga 

tak nak cakap banyak lah, nak tunjuk kat awak-awak antara koleksi-koleksi yang ada di Muezza_stylishshawl nih (^-^) 


PROMO Stylish.Muezza




nampak stylish bila pakai Stylish.Muezza-Halfmoon nih kan :) 
Kelebihan yang paling utama : FREE SIZE tapi tetap dapat labuh di hadapan. BOLEH PELBAGAI GAYA! Kain yang digunakan adalah : LYCRA HIGH QUALITY!

SPECIAL.EDITION cinta.muezza




Edisi KHAS ♥ cinta.muezza bersama AWNING! :)
ton COLOUR + boleh jimat tudung. pelbagai jenis baju boleh dipadankan dengan 1 cinta.muezza~halfmoon..

Cinta.Muezza-Halfmoon



Kelebihan yang paling utama : Sesuai untuk saiz M,L,XL..
Wow! 3 saiz dalam 1 shawl & Tudung ni akan automatik nampak berombakkkk. Cantik! :)
Yang penting, LABUH TUTUP DADA. Ikut syariat..


bukan setakat tu je,kalau korang nak tengok contoh owner menggayakan shawl nih pon boleh :)


Tudung Labuh Muezza Tutorial




macam mana? banyak kan pilihan yang cantik-cantik ! kalau awak semua nak tau, banyak stok yang dah habis tau. and ada jugak stok yang belum dimasukkan dalam page pon dah ada orang booking.kalau awak semua nak, kena cepat-cepat singgah and booking cepat-cepat lah tau. ada banyak lagi pilihan shawl yang korang boleh pilih dekat page Muezza_stylishshawl :)




Berfesyenlah Mengikut Acuan Allah, Sang Bidadari Tercinta  


Muezza_stylishShawl menyediakan :

^shawl yang mengikut trend terkini, 

^mudah & selesa dipakai, 

^sesuai dipakai 'anytime', 

^memberi lebih keyakinan kepada si pemakai & yang paling penting ialah shawl keluaran kami pastinya

LABUH MENUTUP DADA... 







♥ Bergayalah mengikut syariat ♥






lain-lain menarik : Show some love for your V!






17 February 2013

it's all about money

assalamualaikum.

just a short update sebab tak nak bagi blog ni bersawang sangat. betullah, duit bukan segala-galanya. ada benda yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit semata. just a reminder for myself and people outside there ;)



 Duit boleh beli BANTAL & TILAM, tapi tidak boleh beli TIDUR..
 Duit boleh beli UBAT, tapi tidak boleh beli KESIHATAN..
 Duit boleh beli BUKU, tapi tidak boleh beli KEBIJAKSANAAN..
 Duit boleh beli INTAN PERMATA, tapi tidak boleh beli KECANTIKAN..

 Duit boleh beli MAKANAN, tapi tidak boleh beli SELERA..
 Duit boleh beli RUMAH, tapi tidak boleh beli KELUARGA..


 Duit boleh beli BARANGAN MEWAH, tapi tidak boleh beli PELAJARAN..
 Duit boleh beli HIBURAN, tapi tidak boleh beli KEBAHAGIAAN..

 Duit boleh beli PERNIAGAAN, tapi tidak boleh beli KEBERKATAN..
 Duit boleh beli CINTA, tapi tidak boleh beli KESETIAAN..


 Duit boleh beli ORGAN BADAN, tapi tidak boleh beli NYAWA..
 Duit boleh beli PANGKAT & KEDUDUKAN, tapi tidak boleh beli IMAN..


** today is my first day for semester 4. i hope i will work hard for this semester. pray for me :)
This Content Of This Blog Belongs To : Fatin Solihah