27 September 2012

dalam kesusahan ada kesenangan :)





assalamualaikum and hye :')

lama dah tak merepek meraban dekat blog tercinta.macam-macam dah jadi dalam masa tak sampai sebulan nih.kadang-kadang kita diuji dengan pelbagai dugaan.tak kiralah dengan kesusahan atau kesenangan.kesenangan pon satu ujian tau,sebab tak bermakna bila kau dah senang kau lupakan yang susah.ujian kesenangan adalah macam mana kau nak sematkan dalam diri bahawa kesenangan itu adalah bukan hak milik kau sorang tapi sebaliknya adalah bagi semua makhluk.dan perlu ingat,kesenangan itu datangnya dari siapa? dari Yang Maha Esa :)

beberapa minggu lepas,aku diuji.yea.handphone kesayangan aku hilang.sedihnya hanya Tuhan yang tahu T__T..tapi siapa sangka dalam diuji,ada hikmahnya.aku adalah seorang penggemar shopping.sangat-sangat!setiap bulan mesti ada je benda yang aku nak beli.lebih-lebih lagi sekarang nih zaman nak cepat so semua benda boleh buat hanya dengan klik klik depan laptop je.

nak dijadikan cerita,lepas apa yang terjadi aku terpaksa berjimat sebab aku perlukan duit untuk ganti handphone yang hilang tuh.so,korang boleh bayangkan tak.aku terpaksa berjimat plus memang aku kena hadkan setiap apa yang aku nak beli hanya untuk barang keperluan yang betul-betul penting sahaja!

so,harapan aku untuk beli barang-barang lain memang harus terkubur.TERKUBUR.aku tak boleh lagi bershopping.aku kena belajar untuk saving duit.dan seriously,sampai sekarang aku masih lagi mampu menahan nafsu shopping aku.syabas untuk diri sendiri ! clap clap clap.hehe

bukan setakat tuh,aku rasa macam semua benda nak kena catu pon ada.even nak makan pon kena kira dulu,hari ni aku dah belanja berapa banyak.bila keluar dengan kawan-kawan aku set-kan dalam kepala        "aku tak boleh beli,jangan beli".bila aku online,nampak pulak online-online shop bersepah-sepah and aku terpaksa tekan butang pangkah cepat-cepat dengan hati sayu :'(

sedikit demi sedikit,Tuhan tunjukkan aku betapa pentingnya rezeki yang kita ada walau sikit macam mana pon.insyAllah,aku akan teruskan amalan berjimat nih sampai bila-bila.terima kasih ayah sebab bagi belanja kat aku tiap-tiap bulan and terima kasih jugak kat ibu sebab selalu pujuk ayah untuk bagi aku duit lebih kalau aku memerlukan :').terima kasih jugak untuk someone special yang dah banyak menyedarkan aku.kawan-kawan yang bagi sokongan kat aku.thanks,tanpa korang tak kuatlah seorang fatin :')


maaf.entry terpanjang pulak =)



21 September 2012

surat layang




suatu hari kau layangkan sepucuk surat yang mana isinya berupa sekeping hati.iya.sekeping hati.walau kau tak tahu kepada siapa mahu dikirimkan,tapi kau yakin suatu hari surat itu akan sampai kepada pemilik yang telah ditetapkan oleh takdir.

mungkin bernasib baik.mungkin tidak.biarlah takdir yang menentukan.



menarik : Hero






17 September 2012

doa agar dipermudahkan urusan


apabila menghadapi sebarang masalah,mohonlah pada Allah s.w.t keringanan dengan membaca doa berikut :


"wahai Tuhanku,tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah,apabila Engkau mengkehendakinya"


lain-lain doa :
doa mencari barang yang hilang


menarik :
The next revolution
Are you all in for originality?
What’s your happily ever after story?

14 September 2012

musibah



"ya Allah engkaulah Tuhan yang memberi petunjuk kpd org yg sesat dan mengembalikan barang yang hilang kepada tuannya.ya Allah,kembalikanlah kepada saya barang-barang saya yang hilang kerana barang itu adalah pemberian Mu kepada hamba Mu.ya Allah wahai yang paling mengasihani daripada segala yang mengasihani" 



saat musibah datang,berdoa lah kepada Tuhan dengan sepenuh hati..semoga dengan izin-Nya,apa yang kita doakan akan termakbul :'(



12 September 2012

"Curi-Curi Suka" Giveaway!

assalamualaikum and hye :)



mencuba nasib.mana tau kot-kot bertuah.dah lama takde novel baru nih.cepat-cepat join,tarikh tutup 16 September 2012 :)


klik sini untuk join : curi-curi suka




06 September 2012

raya kan sebulan ;)

as salam :)

dah lama sangat tak menulis nih.syawal pon dah nak melabuhkan tirai.sibuk sangat dengan macam-macam hal.family aku balik malaysia sebulan pon dah nak balik arab balik minggu depan.kejap je rasanya.

nak berjalan-jalan blog korang tengok entry raya pon tak sempat lagi nih.tapi sikit-sikit nanti aku jenguk ok.ahad nih dah pon start sem baru.barang apa pon tak kemas lagi nih.hik3

apa-apa pon,selamat hari raya.still belum terlambat rasanya,sebab raya kan sebulan.hee :)




This Content Of This Blog Belongs To : Fatin Solihah