20 December 2012

Panduan Mencegah Pencerobohan dan Kecurian


assalamualaikum and hi :')

dah lama sangat tak menaip.dah masuk hujung-hujung sem nih kerja memang banyak sangat.and minggu depan pulak dah start final exam.fighting !

bila dah hujung-hujung sem nih banyak pulak aku dengar kes-kes kecurian dekat u aku nih. hilang laptop lah,duit lah, pakaian and macam-macam lagi. and aku rasa bukan dekat u aku je kot,rasanya semua institut pengajian lain sama je kan. biasalah,dah hujung-hujung nih semua dah poket kosong kann..di awal sem berbelanja bagai nak rak duit PT korang kan,dah hujung-hujung baru nak mencilok sana-sini.ish3..nasib i'olzzz tak ambik PT tau..

so,kita nih kenalah ambil langkah berjaga-jaga sendiri.barang kita hak kita kan.jagalah dan lindungilah ia.cewahhh ! kat sini aku nak share tips untuk mengelakkan si pencuri mencuri barang-barang kita. let's check it out !

i. Pastikan pintu bilik sentiasa berkunci. 
ii. Tidak meminjamkan kunci bilik kepada rakan-rakan.
iii. Simpan barang-barang berharga dan penting di tempat yang berkunci.
iv. Hubungi pihak Jabatan Keselamatan atau pihak pengurusan kolej dengan
segera jika mendapati seseorang yang mencurigakan hadir di blok atau persekitaran kolej.
v. Patuhi peraturan menerima kunjungan pelajar-pelajar dari kolej lain dan minta kebenaran rakan sebilik.
vi. Maklumkan rakan sewaktu meninggalkan bilik penginapan.
vii. Kunci pintu bilik sewaktu keluar walaupun rakan sebilik berada didalamnya. 




14 December 2012

Hello Kitty Malaysia Is Finally Here Today!

A Super Good News to all Hello Kitty Fans!!

I believe a lot of you girls and guys searching around
where to grab for Hello Kitty products in Malaysia for a really
long time…

And today…
Finally… Hello Kitty Malaysia is here..!

They are selling for Hello Kitty products and tickets for


Currently they’re having Hello Kitty Lucky Draw, and you can
have have a chance to win for “Samsung Galaxy Y Hello Kitty Edition”
(Value: RM399 each).
If you don’t believe me check it out for yourself here,
while it’s still available:


This special Hello Kitty Lucky Draw is valid for a limited time
only, which it may be taken off completely. Stop reading this now,
and go to the Hello Kitty Malaysia website and get a chance to
win now:


If you’re reading this blog post too late, then you may have missed it.
Don’t leave a comment to complain because there’s nothing I can do.
I DID tell you it’s a limited offer :)







02 December 2012

hello december





assalamualaikum and what's up geng !

dah lama sangat blog tersayang nih terbiar.ampun.ampun.tapi aku tak pernah miss nak jenguk blog-blog yang aku follow setiap hari.so,sila terharu ye sesape yang aku follow tuh.

dah masuk bulan december pon.pejam celik pejam celik.menghadap assignment yang tak putus-putus buatkan masa berlalu dengan sangat pantas.dah nak habis dah sem 3 aku.final exam just around the corner okkay you olllss.so silalah berdebar-debar dan rasailah kegerunannya bersama-sama aku - -''

and bila da masuk bulan december nih,dalam hati macam ada sikit bunga-bunga.sikit jela,tak banyak pon.kenapa? jeng jeng jeng.

that's it.will update soon.goodbye geng ;)


kita-kita-kita nak mintak tolong kat awak semua yang cantik yang hensem yang awesome tuh,jom la klik churp churp kita kat tepi tuh.nanti lepas awak klik kita punya,awak bagitau kita,nanti kita klik awak punya pulak.heee.tq tq tq ;)







27 October 2012

tanda lelaki merajuk




assalamualaikum and hye :')

macam mana semua? still dalam mood raya lagi? beraya sakan ye korang semua.aku pulak duduk rumah tengok tv.cuti seminggu tapi kena study sebab nak exam lepas cuti dengan asignment yang melambak.

so,aku nak update sikit pasal orang lelaki. macam mana kita nak tau samada seorang lelaki tuh merajuk ke tak. letsss check it out babeyh !

#1 diam macam ade emas dalam mulut tak bercakap apa-apa
sepanjang dengan kita,kita diam je.yang perempuan nih dok pott pett pott pett dengan die,last-last reaksi dia just angguk-angguk geleng-geleng je - -''

#2 buat tak tahu
bila kita mintak tolong,dia buat acuh tak acuh je macam tak ikhlas.yang paling best sekali,dia buat-buat tak dengar je !

#3 menolak untuk makan sama-sama
biasanya bila merajuk,biasanya diorang tak nak jumpa face-to-face dengan kita. bila ajak makan,diorang akan bagi alasan and suruh kita makan dulu. ** kalau nak uji,boleh la bersila makan depan dia.konfem,telan air liur jugak laki tuh! hik3

#4 bermasam muka
part nih yang paling kita geram kan.dah la tak nak cakap dengan kita,lepas tuh nak tarik-tarik muka pulak dengan gaya tak puas hati.tapi part nih rasanya dua-dua lelaki perempuan sama je kot kan u olssss ;)

#5 baca surat khabar
yang ni memang tabiat orang lelaki.kalau surat khabar tu dibaca banyak kali tanpa sebab,maknanya memang hati dia jiwa dia tak tenteram la tuh.lagi-lagi kalau tengah malam-malam buta.

#6 tengok tv sampai lewat malam 
walaupon bukan cerita feveret dia,dia akan tengok jugak.mata je ke tv,hati ke lain tuhhh..

#7 keluar rumah tak beritahu
nak tunjuk protes,dia takkan cakap mana dia nak pegi.kita janganlah dok paksa tanya-tanya dia,konfem dia buat dekkk je!

#8 matikan handphone
satu lagi tabiat lelaki.bila dia marah,dia tak suka diganggu.untuk elakkan kita kacau dia,dia akan matikan phone and bagi alasan bateri kong.alasannya satu je,sebenarnya diorang tak nak dengar suara kita sebab takut perasaan marah jadi lagi kuat.so biar dia cool dulu.


orang lelaki ni pon boleh jadi complicated.actually lelaki perempuan pon sama je.cuma kita kena pandai-pandai lah nak handle kan macam mana.orang lelaki nih bila merajuk,dia takkan tunjuk terang-terang.lama-lama dia akan cool down sendiri.

so,para-para gadis sekalian.take noted okeh !

menarik :
jom minum nescafe dulu !
Pemberian terbaik anda kepada seseorang...
SPM semakin hampir!



26 October 2012

salam aidil adha :)

assalamualaikum.

how's your day? chill babeyhh,it's hari raya anyway :)
untuk aku sendiri,aku hanya raya berdua dengan adik aku.yang lain tak balik and diorang pon pegi buat haji tahun nih.macam nih la hidup anak bujang,family di perantauan.ecececehh.aku takde la nak sedih-sedih ke apa sebab aku dah biasa,dah lali dah keadaan macam nih.dah bertahun-tahun pon.

makan pon,opah aku masak pulut kuning dengan rendang ayam je.itu pon cukuplah.bersederhana ye dok.

korang pon jangan la sedih-sedih kalau ada yang berjauhan dengan family tuh.kita semua kuat untuk hadapi dugaan nih,yeahh!

aku takde nak update panjang-panjang pon.just nak ucapkan salam aidil adha :)



* finally got the new one :)


di hari raya nih,meh la sedekahkan klik satu sorang.lai lai lai.siapa yang klik,just tinggalkan comment.nanti aku singgah and tolong klik korang punya jugak okaaayyh :)







27 September 2012

dalam kesusahan ada kesenangan :)





assalamualaikum and hye :')

lama dah tak merepek meraban dekat blog tercinta.macam-macam dah jadi dalam masa tak sampai sebulan nih.kadang-kadang kita diuji dengan pelbagai dugaan.tak kiralah dengan kesusahan atau kesenangan.kesenangan pon satu ujian tau,sebab tak bermakna bila kau dah senang kau lupakan yang susah.ujian kesenangan adalah macam mana kau nak sematkan dalam diri bahawa kesenangan itu adalah bukan hak milik kau sorang tapi sebaliknya adalah bagi semua makhluk.dan perlu ingat,kesenangan itu datangnya dari siapa? dari Yang Maha Esa :)

beberapa minggu lepas,aku diuji.yea.handphone kesayangan aku hilang.sedihnya hanya Tuhan yang tahu T__T..tapi siapa sangka dalam diuji,ada hikmahnya.aku adalah seorang penggemar shopping.sangat-sangat!setiap bulan mesti ada je benda yang aku nak beli.lebih-lebih lagi sekarang nih zaman nak cepat so semua benda boleh buat hanya dengan klik klik depan laptop je.

nak dijadikan cerita,lepas apa yang terjadi aku terpaksa berjimat sebab aku perlukan duit untuk ganti handphone yang hilang tuh.so,korang boleh bayangkan tak.aku terpaksa berjimat plus memang aku kena hadkan setiap apa yang aku nak beli hanya untuk barang keperluan yang betul-betul penting sahaja!

so,harapan aku untuk beli barang-barang lain memang harus terkubur.TERKUBUR.aku tak boleh lagi bershopping.aku kena belajar untuk saving duit.dan seriously,sampai sekarang aku masih lagi mampu menahan nafsu shopping aku.syabas untuk diri sendiri ! clap clap clap.hehe

bukan setakat tuh,aku rasa macam semua benda nak kena catu pon ada.even nak makan pon kena kira dulu,hari ni aku dah belanja berapa banyak.bila keluar dengan kawan-kawan aku set-kan dalam kepala        "aku tak boleh beli,jangan beli".bila aku online,nampak pulak online-online shop bersepah-sepah and aku terpaksa tekan butang pangkah cepat-cepat dengan hati sayu :'(

sedikit demi sedikit,Tuhan tunjukkan aku betapa pentingnya rezeki yang kita ada walau sikit macam mana pon.insyAllah,aku akan teruskan amalan berjimat nih sampai bila-bila.terima kasih ayah sebab bagi belanja kat aku tiap-tiap bulan and terima kasih jugak kat ibu sebab selalu pujuk ayah untuk bagi aku duit lebih kalau aku memerlukan :').terima kasih jugak untuk someone special yang dah banyak menyedarkan aku.kawan-kawan yang bagi sokongan kat aku.thanks,tanpa korang tak kuatlah seorang fatin :')


maaf.entry terpanjang pulak =)



21 September 2012

surat layang




suatu hari kau layangkan sepucuk surat yang mana isinya berupa sekeping hati.iya.sekeping hati.walau kau tak tahu kepada siapa mahu dikirimkan,tapi kau yakin suatu hari surat itu akan sampai kepada pemilik yang telah ditetapkan oleh takdir.

mungkin bernasib baik.mungkin tidak.biarlah takdir yang menentukan.



menarik : Hero






17 September 2012

doa agar dipermudahkan urusan


apabila menghadapi sebarang masalah,mohonlah pada Allah s.w.t keringanan dengan membaca doa berikut :


"wahai Tuhanku,tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah,apabila Engkau mengkehendakinya"


lain-lain doa :
doa mencari barang yang hilang


menarik :
The next revolution
Are you all in for originality?
What’s your happily ever after story?

14 September 2012

musibah



"ya Allah engkaulah Tuhan yang memberi petunjuk kpd org yg sesat dan mengembalikan barang yang hilang kepada tuannya.ya Allah,kembalikanlah kepada saya barang-barang saya yang hilang kerana barang itu adalah pemberian Mu kepada hamba Mu.ya Allah wahai yang paling mengasihani daripada segala yang mengasihani" 



saat musibah datang,berdoa lah kepada Tuhan dengan sepenuh hati..semoga dengan izin-Nya,apa yang kita doakan akan termakbul :'(



12 September 2012

"Curi-Curi Suka" Giveaway!

assalamualaikum and hye :)



mencuba nasib.mana tau kot-kot bertuah.dah lama takde novel baru nih.cepat-cepat join,tarikh tutup 16 September 2012 :)


klik sini untuk join : curi-curi suka




06 September 2012

raya kan sebulan ;)

as salam :)

dah lama sangat tak menulis nih.syawal pon dah nak melabuhkan tirai.sibuk sangat dengan macam-macam hal.family aku balik malaysia sebulan pon dah nak balik arab balik minggu depan.kejap je rasanya.

nak berjalan-jalan blog korang tengok entry raya pon tak sempat lagi nih.tapi sikit-sikit nanti aku jenguk ok.ahad nih dah pon start sem baru.barang apa pon tak kemas lagi nih.hik3

apa-apa pon,selamat hari raya.still belum terlambat rasanya,sebab raya kan sebulan.hee :)




14 August 2012

virus virus terbang



akhirnya yang jahat itu pergi.shushh! pergi jauh-jauh kau wahai malware ! jangan berani kau bertandang lagi sebab aku akan cari jalan hingga ke lubang cacing untuk hapuskan kau.

syukur kini kau dah mati.


menarik : What does Ramadhan mean to you?

09 August 2012

cerita di arab #1





assalamualaikum =)

situasi : balik dari solat di Masjidilharam Mekah.bulan ramadhan.ketika menunggu bas.

sepanjang bulan ramadhan perkhidmatan bas ke tempat parking kereta beroperasi 24 jam.maknanya bas tuh sepanjang laluan dia memang berderet macam kereta api.sentiasa ada tak putus-putus.

tapi dah namanya kerenah pak-pak ibuk-ibuk arab dan yang sewaktu dengannya,bas tuh dah tersumbat macam ikan sardin pon die nak jugak masuk.padahal,dekat belakang elok je ade bas tengah tunggu turn nak ambik penumpang.

korang boleh nampak tak situasi die?

malas nak cakap banyak.lain kali kepala jangan letak dekat lutut eh - -''



tengok sini  : berita baik khas untuk para wanita :)

06 August 2012

bedak arab (kokuryu super summer cake)

assalamualaikum.

yeah.harini nak cerita pasal bedak arab (kokuryu super summer cake).ada yang tak kenal lagi? takpe-takpe.meh nak tunjuk rupa dia.


ok.ini lah rupa bentuk dia.

so,apa kelebihan bedak nih?

* 3 in 1 (moisturizer, foundation, powder)* Tahan selama 8 jam* Boleh diguna ketika solat* Halal* Kulit akan bertambah cantik apabila berpeluh (kalau berpeluh hanya 'dap'kan tisu pada muka, tisu tidak     akan melekat di muka)* Berbau wangi* Selepas dipakai akan mengikut warna darah (jadi ada satu warna sahaja & sesuai untuk semua warna  kulit)* Mengecutkan jerawat bagi yang berjerawat* Muka semakin lembut & gebu* Menjimatkan masa & wang


dan cara nak pakai pulak sangat senang :

* Basahkan span* Sapukan span pada bedak* Ratakan ke seluruh muka

bedak arab ini baru diperkenalkan di Malaysia.ia adalah produk dari Jepun, hasil kajian di Filipina.

ramai yang dah cuba bedak nih dan aku sendiri dah cuba.hasilnya memang tip top ! sesuai untuk siapa-siapa je.tak kisah makcik-makcik,remaja,students,suri rumah dan etc...


promotion !

sementara aku ada dekat arab lagi nih,aku nak offer korang harga yang lagi murah dari pasaran.order aku bukak seminggu je ok.start 7/8/12 - 13/8/12.

kenapa aku bukak sekejap je? sebab aku nak balik malaysia dah nih..nak raya la pulak kannnn.hahha

so,sesiapa yang berminat boleh tinggalkan emel dekat komen.aku akan reply ok :)

cepat-cepat dapatkan hari ini !









25 July 2012

dalam tak sedar





yea.dalam tak sedar dah masuk seminggu kita berpuasa.ohh.disebabkan aku duduk dekat arab,maka masuk harini genaplah seminggu sebab kitorang mula puasa awal sehari dari malaysia.

tinggal lagi 3 minggu untuk kejar keberkatan dalam bulan nih.so kena kasi speed paling lajulah untuk kejar.aku sendiri pon terkedek-kedek lagi nih.

dan harini jugak,aku nak ucap all the best untuk kawan-kawan aku dekat uum sebab arini result sem 2 keluar.tak lupa jugak untuk diri aku sendiri.hahhaa.walau kecut macam mana pon nak tunggu result,kena la buat-buat cool untuk sedapkan hati sendiri.

walau apa pon yang terpapar dekat slip tuh nanti,redha lah sehabis mungkin.sebab itulah tahap usaha yang kita dah buat.dan itu adalah yang terbaik yang tuhan nak bagi.bersyukur.

tapi kalau aku,menangis sesikit dulu lah kot.pastu lupa.pastu berazam untuk sem depan nak buat yang lagi baik konon.tapi tengok-tengok ke laut jugak.lepas dah nangis sepam dua,bukak puasa nanti boleh la cari aiskrim nih untuk mengrefresh kan balik diri sendiri.tapi kat arab nan hadooo aiskrim nih.ceh !

itu sahaja untuk update kali nih.see you !

salam ramadhan dari bumi arab.ecececeeh :)


menarik :
Look “hot” and get snapped for a refreshing surprise!
What’s stopping you from talking all day long?

21 July 2012

manusia biasa





aku memang manusia biasa.

yang tak sempurna dan kadang salah.

namun di hatiku hanya satu.

cinta untukmu luar biasa.

aku kan selalu bertahan.


sampai waktu memanggilku.






# andai saja kau tahu.

14 July 2012

Contest Header Cute & Awesome -:by Miss Opsspocot !

yeahhh ! contest datang lagi ! (sila baca dengan gaya iklan,tora datang lagi ! he3)




masa-masa takda idea nak update entry,daripada terbiar je blog aku nih.baik aku join segala contest and giveaway.nak-nak yang syarat dia simple-mimple je..memang laju aku join.hik3

so,jom la join reramai okkaayy.klik sini :)


11 July 2012

GIVEAWAY from IRINBLOGSPOT




nak join klik sini :)


lama dah tak bermanja-manja dengan blog nih.eeeuuww.cuti-cuti macam nih la nak mengemas menyapu mengemop blog yang dah berhabuk nih kan.

tadi ada sorang kawan sekolah dulu, fatin sya invite untuk join GA dia yang pertama.taraaa ! haruslah join kann.sebab hadiah dia superb okkaayy.chocolate yang enak / pakaian / aksesori ! seee,penuh dengan surprise..ikut kesesuaian peserta katanya.

syarat-syarat dia pon simple.tak payah nak tag-tag orang ( paling leceh kalau kena tag-tag nih ).and lagi satu kena like 3 page ( bukan berpuluh-puluh macam sesetengah GA tuh ) and of coz la page tuh dah lama dah aku like-like.hik3

so,korang.jom support ramai-ramai ok.jom meriahkan lagi GA dari fatin sya yang pertama nih :)

lagi sekali,nak join klik sini ok :)


02 July 2012

manusia tanpa kepala





bila kau tuhan letakkan di atas,kau jangan cepat melatah.kau nikmati masa-masa sepanjang kau di atas.bersyukur kau diberi peluang merasa duduk di atas.tuhan beri kau nikmat berada di atas supaya kau bersyukur.supaya kau berfikir.

dan bila kau tuhan letakkan di bawah,kau jangan cepat mengalah.ada kalanya,masa-masa di bawah adalah terbaik.belum tentu kau akan bahagia kalau kau berada dekat atas.dan masih,kau tetap perlu bersyukur.

atas dan bawah,tuhan dah tetapkan.itu takdir.kau dau aku,bukan siapa-siapa nak tentukan itu dan ini.yang penting,aku bukan Monsters ok?




28 June 2012

dua sembilan enam



semalam hari terakhir menjadi student first year degree.harini aku dah sampai rumah.leklek kejap.lusa dah nak fly balik.barang satu habuk pon tak kemas lagi.elok duduk dalam plastik.takpelah,esok baru aku start mengemas.

semalaman tak tidur semalam.kemas barang masuk kotak.pastu kena angkat masuk stor.pergh,memang berat kot.masuk-masuk stor barang dah penuh tapi tak bersusun,menyusahkan orang lain nak masukkan barang tak muat.so aku dengan 2 orang lagi membe pon susunlah dengan harapan supaya dapat sumbat barang kitorang yang ada 11 kotak campur dengan 6 beg.hahhhaa.banyak tak banyak kan.bertungkus lumus siapkan and settle pukul 5 lebih and terus sembahyang subuh.

masing-masing lapar,jamuan megi jap sambil ber-running man! hahhaa.semata-mata nak celikkan mata yang dah ngantok sebab takot tak terbangun plak.bas nak balik pagi.kang ada yang tak balik pulak..dalam pukul 2 lebih,sampai lah perak.kih3 :)

sebelum balik,kita bershopping dulu ! sorang-sorang pon boleeehh maaa.hee.gitulah ceritanya..

dan.dan.dan.aku dah lama tak berbelog.dan sebelum nih aku pernah cakap,aku akan balas kunjungan balik siapa yang pernah singgah blog picisan aku nih.jadi biar aku settle dulu hal-hal sepatotnya,then masa untuk berbelogwalking sampai lebam.nantikan kunjungan aku yew.chewaaah! *macam ada orang kenal aku je.

stay tuned,chow !


01 June 2012

ehem.orang busy.

cuma sedikit peluang yang kita ada untuk dapat apa yang kita mahukan.fifty-fifty kata orang.kalau dapat tuh rezeki kau.kalau tak dapat kau cuba lagi sampai dapat.

pilihan apa yang kita ada kalau ke-kiri ke-kanan pon,pilihan tu tetap penuh dengan risiko.jadi aku simpulkan itu adalah pilihan mati.kau pilihlah mana kau suka.

aku malas nak menaip panjang-panjang.cuma niat untuk membuang sisa habuk di kiri kanan blog.sekian.



nah ! besar punye aku kasi.


p/s : lepas je habis final,aku singgah blog korang satu-satu yang pernah singgah sini ok.jangan risau.doakan aku boleh jawab exam dulu :)

11 May 2012

entry khas - menang GA dari blogger anie =)

assalamualaikum and hye :)

erk.jam dah pukul 3.30 pagi and aku masih celik.aku ambik sikit masa nak update entry penghargaan dekat sorang blogger nih,anie nama die.baru-baru nih aku join GA die dekat entry nih and tak sangka pulak boleh menang hadiah saguhati..he3

dan anie dah dah pertanggungjawabkan setiap pemenang untuk buat entry khas and aku baru nak buat sekarang sebab serius aku memang sibuk sikit lagi-lagi nak dekat final dah nih.so aku nak mintak maaf banyak-banyak kat anie yew :)

s0,nak tengok apa hadiah yang aku dapat? jeng..jeng..jeng..






cantik kan ! pin tudung/brooch yang sangat comel ! 

oh yea.anie pon ada bukak online shop.korang singgahlah tengok.ada pelbagai jenis tudung ikut trend terkini and macam-macam lagi.yang penting selalu ada promotion untuk yang beli borong.jom singgah ramai-ramai ok =)

page online shop anie :

blog - ASHAFANIE LIFE



p/s : dengar-dengar macam nak ada GA kedua.nak join lagi ! he3

terima kasih anie.lain kali boleh join GA and menang lagi ;)



05 May 2012

more or less.




Terkadang jodoh tu datang dalam bentuk yang paling tidak kita sangkakan. Dan bila kita sangkakan dia bukan jodoh kita, mungkin dialah sbnanye yang tercipta untuk kita. Begitu juga sebaliknya. Jangan pernah berhenti berdoa. Kerana doa itulah senjata, doa itulah penghubung. Di saat kita rasa Dia takkan tunaikan doa kita, mungkin di saat itulah Dia sbnanye sedang menguji kita. Sedang diri ini masih gigih mohon dikabulkan doa berjodoh dengan orang yang melabuhkan cintanya kepada Sang Pencipta, lalu anda bagaimana? :) - terfaktab



p/s : thanx awak.lain kali kita jumpa lagi :) 





25 April 2012

hye hye semua :)





bukak-bukak je blog terus macam erkkk = =''.blog dah tukar baru ke.pergh.sumpah pelik.aku nak menaip pon terasa lain macam jew.

btw,sejak kebelakangan nih aku sibuk sikit dengan bermacam jenis assignment and aku memang tak sempat lagi nak membalas kunjungan.lagi-lagi yang singgah dari segmen lulu caldina nih.so aku nak mintak maaf banyak-banyak.and terima kasih jugak untuk yang sudi follow.

nanti lepas beres semua kerja,aku mesti akan singgah balas kunjungan dekat blog korang balik.jangan lupa tinggalkan jejak ok :)


menarik :
The power behind every Ferrari, Shell Helix. Now it's in your car

Don’t compromise anymore!


20 April 2012

berderet deret deret sederet.erk ?



pening pening lalat buat assignment international business.habis journal dah aku bukak.nak baca journal tuh dah satu hal.puuh !

ohh.belum tengok assignment HR lagi.pon kena baca journal jugak.erk = =''

tengok-tengok balik.banyak rupanya keje yang belum siap.quiz ada 3 belum buat.test ada satu lagi.banyak kan keje aku.

dah tu tunggu apa lagi ?
off sekarang pegi buat keje.

(-.-)'' pasrah.

19 April 2012

short update !



assalam and hye :)


wooott ! wooott ! dah lama tak menjengah blog.serius sibuk sibuk sibuk dengan macam-macam hal.kehulu kehilir dah macam tak cukup tanah nak jalan.tambah dengan minggu exam berderet plus assigment berbakul yang mintak disiapkan sebab tarikh submit dah nak dekat.tu lah kau.last-last minute baru nak buat itulah padahnya ! sila jangan tiru aksi nih yew adik-adik.kelak korang akan menyesal di kemudian hari..chewaaaahh ~

disebabkan aku ada masa lapang sekejap nih,aku blogwalking kejap.almaklumlah,aku memang susah hati sikit kalau terlepas entri korang korang korang yang hebakkk kebaboomm tuh !

check-check emel pulak ada menang hadiah GA yang aku join sebelum nih.tapi tunggu entri lainlah yew sebab hadiahnye pon tak sampai lagi ;)

that's it !
aku nak pegi sambung buat assignment.harapan malam nih nak tido awal nak bangun awal nak pegi joging pagi esok.tapi kita tengoklah esok macam mana.adakah harapan hanya tinggal harapan di atas tilam empuk ? keh3


menarik :
experience a once in a lifetime trip to London for 2012 Olympic Games!

Don’t compromise anymore!

10 April 2012

tudung bawal tone free :)

assalamualaikum :)

haaa ! amacam ? syiok tak dengar tajuk atas tuh ? lagi-lagi bila ada orang nak bagi freeee..yah000oo ! tapi..tapi..tapi..ada tapi nye yeww..bukan aku yang nak bagi tudung bawal tone yang tengah hangat di pasaran sekarang nih tapi anie..

anie nih tengah buat GA sekarang nih.syarat-syarat dia pon senang sangat.so jomlah ramai-ramai memeriahkan lagi GA anie nih.mana tau korang bernasib baik,boleh dapat tudung free.tak payah susah-susah nak keluar pegi beli tudung bawal tone yang lawo-lawo lagi kann..hee

kalau berminat nak join GA anie nih,jom picit sini...



lagi yang menarik :
badminton players win the cup,you win a car !

08 April 2012

RM150.00 Cash | Give Away From lidarahim.com




Hadiah Utama : 1 orang x RM50.00 tunai Hadiah Kedua : 2 orang x RM30.00 tunai Hadiah Ketiga : 2 orang x RM20.00 tunaiHadiah Saguhati x 10 orang




jom join ramai-ramai.untung-untung boleh dapat cash.boleh la buat makan mc'd.ehem.tarikh tutup 7/5/2012.lambat lagi kan.jom join bagi memeriahkan lagi GA nih ok :)

nak join picit sini.

03 April 2012

welcome to citcat :)

assalamualaikum and hye :)

berapa ramai dekat sini yang suka menggunakan google translate ? yeah.aku pasti agak ramai jugak yang menggunakan GT rite ?

tahukah korang-korang semua tentang satu lagi web yang menyediakan perkhidmatan mengtranslate nih ? bukan setakat tuh,macam-macam lagi yang korang boleh dapat bila berkunjung ke web tersebut.nak main game pon boleh !

korang nak bahasa apa ?
english - malay.malay - english.english - chinese.chinese - english.english - indonesian pon ade maaaa..

so,bagi aku yang tak mampu nak beli kamus besta yang mahal tuh and nak selak kamus oxford edisi ke keempat pon malas.memang aku suka sangatlah masuk web nih and just taip-taip.tarrraa ! dah keluar maksud die.mudah kan.hee.

ok ok.malas nak berteka-teki dah.korang mesti nak tau web apa yang aku maksudkan kan ? sabar sabar.aku nak bagitau la nih.kejap ek..


nih dia web yang aku maksudkan    --------------> citcat


haa,sekali besar aku bagi ! senang sikit korang nak terjah.picit situ and korang akan terus ke web citcat.bolehlah bertukar dari google translate ke citcat pulak lepas nih.hee3



31 March 2012

Giveaway ; Saya nak hadiah tu !!

pppiiiuuuhhh ~ piiiuuuhhh ~ sebelum menaip,tiup-tiup habuk sikit.ehep.ehep.terbatuk-batuk sudah.ehem.

ok.aku da lama takde entri baru,busy plus takda idea.itu jewlaaahh alasan aku kannn.hee.so,tengah-tengah berblogwalking,terjumpa plak GA yang awesome nih.so,meh leww join beramai-ramai yeww ;)




picit sini untuk ke belog penganjur :)


hadiah dia awesome kot ! jom lah try masuk,tak cuba tak tahu.mana tau boleh menang ke.ehhee :)


review blog : tuan blog dan blog awak memang awesome ! blog simple and menarik.tolonglah kasi saya menang.eh.tak tak.ikhlas nih ;)

20 March 2012

delegasi industri muamalat

assalamualaikum and hye :)


lama tak berupdate.malas and takde cerita.selasa lepas 13/3 aku join program nih anjuran kelab pentadbiran muamalat.btw,aku bukan budak muamalat pon.saje nak menyibuk.ehem.dah seminggu baru nak update,pemalas kan = =''

program 3 hari and aku ringkaskan jewlah tentatif program.
hari pertama :
lawatan ke HQ takaful.check in wisma belia.wasiyyah shoppe.

hari kedua :
lawatan ke kompleks taman seni islam.pejabat jawhar putrajaya.dinner di USIM.

hari ketiga :
check out wisma belia.lawatan ke UM.




# random pic jewlah.nak letak banyak-banyak tapi line macam siput.sampai esok tak abis loading = = ''

menarik :






10 March 2012

entri penghargaan untuk blogger arif.

assalamualaikum and hye :)

petang-petang macam nih apa yang korang semua buat ? aku baru jew lepas makan and gosok baju untuk stok seminggu untuk ke kelas.ehem.senyap sunyi jew,mesti ramai tengah terbongkang kan.sah ! haha.

aku takda nak cakap banyak pon,just nak ucap terima kasih banyak banyak banyak dekat arif sebab dah tunaikan hasrat aku nak ada banner blog.ehhee.suka suka suka.nak buat sendiri memang tak reti lah = = ''






sebenarnya,aku ada menang GA yang pernah arif buat dekat entri nih.tapi atas sebab sebab teknikal,hadiahnya baru boleh dapat sekarang.mintak maaf yew arif kalau ada terbanyak songeh and menyusahkan.

papep0n,terima kasih yew arif.jomlah terjah belog dia.korang akan terpegun dengan header dia yang awesome ! arif pon ada mengambil tempahan,so kalau berminat bolehlah tempah kat dia :)



menarik :

There Will Never Be Another You

08 March 2012

jangan.



assalamualaikum and hye :)

dah lama aku tak mengupdate bel0g nih.takda idea lah beb.ehhhee.
memandangkan aku dah menaip nih,aku ada benda nak share dengan korang yang kot-kot ada singgah bel0g aku nih.ok.j0m kita tengok apa perkara JANGAN dalam islam :)


#1-jangan tidur selepas solat subuh,nanti rezeki mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat.
#2-jangan makan tanpa membaca bismillah dan doa makan.nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
#3-jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.takut-takut kita mati dalam perjalanan.
#4-jangan pakai selipar yang berlainan pasangan.makruh dan mewarisi kepapaan.
#5-jangan biarkan mata liar di perjalanan.nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
#6-jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
#7-jangan ego untuk meminta maaf kepada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
#8-jangan mengumpat sesama rakan taulan.nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.
#9-jangan lupa bergantung kepada Allah dalam setiap kerja kita.nanti kita sombong apabila berjaya.kalau gagal kecewa pula.
#10-jangan bakhil untuk bersedekah.sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
#11-jangan banyak ketawa.nanti mati jiwa.
#12-jangan biasakan berbohong,kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
#13-jangan suka menganiaya manusia dan haiwan.doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan Allah.
#14-jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.


JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata jangan.sebab semuanya untuk keselamatan kita.




menarik :






28 February 2012

today is my day :)



5 simple rules to be happy :

1) free your heart from hatred
2) free your mind from worries
3) live simply
4) give more
5) expect less


alhamdulillah.dah semakin membesar aku nih.dah ada angka 2 dekat depan and takde lagi dah umur belasan tahun.sem0ga semakin meningkatnya umur,meningkat jugak amalan-amalan yang lain.thanks untuk kawan-kawan aku yang ada wish yea :)

i wanna be remembered as the girl who always smile.the one who could always brighten your day.even if she couldn't brighten her own 


happy birthday to me :)

27 February 2012

the secret of success in your room !




the roof said - aim high


the fan said - be cool

the window said - take pains

the clock said - every minute is precious 

the mirror said - reflect before you act

the calender said - be up to date

the door said - push

and the lamp said - light the way for your future



success is everywhere right :)

24 February 2012

life is beautiful.



senyumlah andai dirimu dilukai
senyumlah andai dirimu dilupai
senyumlah andai dirimu dikhianati
senyumlah andai dirimu ditindasi
senyumlah andai dirimu dibebani
senyumlah andai dirimu disakiti


senyum itu tanda kekuatan diri.biar sakit di hati.tetapi jangan kita tunjukkan kelemahan diri.selagi mampu senyum,senyumlah wahai hati :)

22 February 2012

sebelum tido kita update belog kesayangan dulu ok :)

eh,tup tup dah sampai uum lah.huh.haruslah melepaskan satu keluhan walaupon mengeluh itu tak baik yep kawan-kawan ( -.- " )

waaaaa..saya nak duduk rumah sambil golek-golek online tengok tv lagi..cuti tak cukup ! haish.dah dapat cuti pon kire ok la ye dok.maka bermulalah episod menjadi seorang pelajar yang busy.harus diingatkan sekali lagi,menuntut ilmu adalah jihad yep kawan-kawan :)

kelas dah start,aku pulak sampai lewat.hahhha.sesuka hati jew balik lambat tapi ada aku kisah,bukan sengaja pon.ada la sebab musabab yang munasah.hee3.maka lepas nih aku akan cuba untuk tidak ponteng kelas dengan sengaja demi mencapai cita-cita untuk menjadi pelajar dekan ! ehem.sila doakan saya yew.

ok lah.esok kelas 8 pagi.almaklumlah dah terbiasa bangun lewat dekat umah,haruslah malam nih tido awal demi untuk bangun awal esok pagi.gud night semua :)

20 February 2012

petang hari yang tak indah




yyuuuuhhuuu !! aku dah sampai malaysia semalam.klia-kl sentral-ipoh.huh.penat weyh ! 

disebabkan broadband nih tengah laju maka aku pon menaip lah sepatah dua dekat sini sebab aku dah nampak dah sikit sarang labah-labah dok hinggap kat belog aku nih.almaklumlah lama tak berupdate ye dok.kang kalau datang angin siba broadband nih langsung tak boleh update dah apatah lagi nak ber BW.ehem.

sejak balik nih aku tak rasa seronok la pulak.selalunya bila dah balik aku akan rasa seronok tapi kali nih first time aku rasa tak nak balik.aku dah suka duduk sana.sob3 :'(

maka aku ambil keputusan untuk balik sana tiap kali cuti.tak peduli dah orang lain nak berjalan kesana-kesini.aku nak balik sana jugak ! wawawaa ~

begitulah yew,bila kita ikhlaskan hati.kita akan rasa seronok.tapi bila kita buat sesuatu dalam keterpaksaan maka kau akan rasa kau lah manusia paling malang sekali dekat dunia.maka ikhlaskanlah hati dalam berbuat sesuatu.insyAllah kau akan rasa lebih tenang.

maka tamatlah sudah entri pendek di petang hari.ehem.


09 February 2012

alamak,esok-esoklah aku letak tajuk ok !





nih yang gua rasa nak marah nih.result gua keluar 9hb tapi nih da masuk 10hb nih.malaysia dah pukul 7 pagi and gua dekat sini dah pukul 2 pagi.gua yang masih setia menunggu nih pon lama-lama rasa berasap jugak nak masuk portal check result tak lepas-lepas.haish.sabar-sabar.ini boleh menimbulkan kemarahan nih.ggrrr !

ok.tadi ada makan-makan sikit dengan membe-membe malaysia dekat sini.gua dah kenyang sate nih.balik ingatkan dah boleh check result dengan perasaan cuaknya.sekali hampeh.maka sekali lagi gua nak cakap,gggrr !


disebabkan gua tengah panas hati,apa kata korang tolong gua pilih antara Louis Koo or Daniel Wu? apa? korang tak tahu ? takpe.korang klik dulu.then koranglah apa yang ada dekat situ okeh ;)



p/s 1 : ok.back to normal.pelik meh cakap ber-gua-gua nih.ok ok.aku tak pernah cakap guna gua-gua nih.saja plak arini.he3.btw,aku bukan gangster maaa ~

p/s 2 : aku da ngantok.malas nak tengok result dah.nite :)

07 February 2012

Shidasyakirin Giveaway

awwww.sweetnya amir dengan zara vanila cekelat tuh.hehehe 

cis ! mula entri jew dah mula nak berangan lepas semua dok post status sweet pasal drama vanila coklat tadi.lepas nih konfem semua serbu cameron highland.kan ? hahhha.


macam biasalah.walaupon tak duduk malaysia,sape kate tak boleh tengok tv malaysia ye dok ? kan ada asyik.TV :)

kejap lagi aku nak pergi keluar makan.baru cadang taknak makan malam nih ( alasan = = '),tiba-tiba ade pulok orang ajak makan luar,maka haruslah ikut ! keh3

alamak,terpanjang pulak pendahuluan.sorry yep.sebenarnya aku nak join GA nih.tapi taip entri melalut ke laut pulok ! he3








macam biasalah.nak join klik je kat sini :)

05 February 2012

Contest I Love Being Awesome



sebelum nak tido nih aku nak join satu contest.yeah,disebabkan contest nih awesome and aku pon awesome maka marilah semua orang-orang yang awesome untuk join contest nih bersama-sama yep.erk -______- failed bm aku nih ! ok ok.abaikan segala kesalahan tatabahasa di atas yep ( kalau ada lah,keh3)




belog penganjur dekat sini


walaupun aku tau aku bukanlah seorang yang cukup bertuah sepanjang join GA or contest,tapi aku haraplah kali nih aku bertuah sebab aku kan awesome ! hahhhaa.tarikh tutup adalah pada 29 feb 2012 iaitu sehari selepas birthday aku ( perlu ke cakap = =' )


ok done.hope menang !



jenama melambangkan gaya ?




beberapa hari lepas,aku ada ikut kawan-kawan mak aku pergi shopping handbag dekat jeddah.tapi aku dengan mak aku just ikut jewla kebetulan masa tu memang dah dekat jeddah baru lepas pegi consulate open day 2012 untuk orang-orang malaysia.so alang-alang kan ikut jewla.

then sampai dekat satu shopping mall nih.tak silap aku nama dia Rubaiyat mall.then kat situ adalah segala jenama handbag yang femes-femes amos tuh.

masuk-masuk jew kedai hanya mampu terpegun.yeah,kawan-kawan mak aku memang datang nak beli handbag tapi kitorang just nak tengok-tengok jew.hehehe..mana taknya,bila tanya harga satu handbag pon dah SR 5000 ++.even purse pon harga dah SR 1000 ++.ohh,yang nih jenama LV.tak ke nak pengsan aku yang mendengar.

then family aku keluar dari kedai LV masuk kedai lain plak.pastu tak sempat tanya harga lagi terdengar ada cashier  yang tengah melayan pembeli nak bayar handbag .total dia SR 3000 ++.fuuhh ! aku cakap,diorang nih memang dasar orang kayo-rayo ! beli barang beribu-ribu macam sehengget dua hengget ..

aku pon terfikir,perlu ke beli barang-barang yang mahal macam nih ? tak membazir ke ? sedangkan design handbag dia biasa jew aku tengok.maybe la kot material dia dari bahan yang original tapi aku tetap rasa itu sangat-sangat tak berbaloi.aku boleh dapat handbag dari design yang lagi lawa dengan harga yang berganda-ganda lagi murah.tak kisahlah cap ayam sekalipon.but,OK whatt !! hahhaa.

yeah,aku rasa harga dia mahal sebab JENAMA je pon.sebab tu aku rasa sangat-sangat tak berbaloi beli mahal-mahal.sama je macam kau beli jenama bukan kau tengok pada barang dia.

aku rasa lebih baik aku beli barang yang murah.buat apa nak beli yang mahal-mahal just sebab jenama jew.yang murah banyak apa design yang lawa-lawa.keh3.

dan golongan yang kayo-rayo nih haruslah kan nak pakai segala jenama LV GUCCI and lain-lain tuh.bagi aku biarlah cap ayam,asalkan aku puas hati.dari beli barang yang harga ribu-riban,banyak lagi benda lain yang aku boleh borong.

so,adakah dengan menggunakan barang yang berjenama akan menyerlahkan gaya atau personaliti anda ?

fikir-fikir kan lah dan jadilah pengguna yang bijak :)


# nih just opinion aku jew.lain orang lain pendapat kan.harap takde yang terasa hati yep.jomlah kongsi apa kata korang plak :)





03 February 2012

sebab malas,maka terhasillah entri gabungan macam nih.

rabu 1/2/2012

kelas bahasa arab.bila dah mak bapak budak masuk kelas,kelakar gila kot ! dok main main jep.siap ada makan makan tuh.hahhha.bila kena soal,terabur semua tak hafal.

btw,ustaz dia encem seyh ! muda lagi kot.student ummul qura mekah.baru umur 20 lebih jew baya-baya aku.tapi dah kahwin anak 2.anak dia comel.heee3 :)

yang lagi kelakar,ustaz nih memang suka makan ! bila dia dapat makan tuh...hamb0i,punya khusyuk dia.aritu ada keropok lekor orang malaysia bawakkan.dia makan sampai mangkuk kosong ! belum kira pizza lagi.hahhaa.aku tengok dia main dengan anak dia dah macam abang main dengan adik.keh3




khamis 2/2/2012  - consulate open day 2012


ini gamba pinjam dari pakcik google


ramai jugaklah orang malaysia kat sini.tapi major tak kenallah sebab ramai duduk dekat jeddah.ada jualan makanan malaysia,batik painting,jual handbag baju,permainan rakyat and lain2.yang paling dapat sambutan gerai makanan lah! petang jew orang semua dah serbu makanan sebab takut habis.borong semua ! hahhaa.

gamba pakcik google jugak


and at last dapat jugak rasa benda alah macaroon nih.10 biji sr20.aku rasa biasa jew.manis gila kot.tak tau lah apa benda yang femes sangat.maybe sebab kecomelannya kot.keh3

eh,ustaz tu pon ada jugak.dari petang ke malam makan jew aku tengok tak berhenti-henti ! hahhha.next kelas jumpa lagi yew ustaz ;)

This Content Of This Blog Belongs To : Fatin Solihah