17 April 2015

IntaNBerliaN Mega Giveaway 2015



السلام عليكم ورحمت الله وبركته



Alhamdulillah. Macam tahun sudah, tahun ni berkesempatan lagi nak join IntaNBerliaN Mega Giveaway. Yewla, orang kata "tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu". Selain tu, tujuan join GA ni adalah untuk menyokong sesama blogger dan turut memeriahkan lagi GA yang dijalankan :)



Antara sponsor yang terlibat dalam GA ni adalah:



 http://ihaveasweetsmile.blogspot.com/2015/04/intanberlian-mega-giveaway-2015.html


Korang yang berminat untuk turut bersama memeriahkan lagi GA ni, boleh join sini!











16 April 2015

Voucher percuma dari Pejabat Ann & Kate !


السلام عليكم ورحمت الله وبركته



Alhamdulillah. Tunggu punya tunggu akhirnya sampai la voucher yang telah di-redeem dari Pejabat Ann & Kate. So kali ni aku redeem RM20 je dulu, next nanti kita redeem lagi lah. hehehehe :D


Korang pernah dengar tak Pejabat Ann & Kate? Actually Pejabat Ann & Kate ni adalah satu komuniti soal selidik untuk semua orang. Di Ann Kate, suara hati kita akan disampaikan kepada syarikat dan media dan soal selidik yang kita isikan dengan teliti ini akan digunakan untuk pembangunan produk dan servis mereka.


After dah jawab soal selidik, dah kumpul point, then korang bolehlah redeem ganjaran yang korang nak. Antara ganjaran yang disediakan ialah:
                                           
> pertukaran mata ganjaran untuk menambah nilai ke akaun PayPal
> Pertukaran mata kepada produk dan voucher (KFC & Isetan) 


Seronok sebenarnya jawab soal selidik ni. Untuk yang banyak masa lapang macam aku nih *ehem* bolehlah try buat. Lagipon takde rugi apa-apa. Daftar pon percuma. Lagi rajin kita jawab soal selidik, lagi banyak kumpul point, then lagi banyak boleh redeem! 


Untuk korang yang berminat, boleh lah klik sini untuk mendafar :)










09 April 2015

BUKAN PENCINTA KUCING.



السلام عليكم ورحمت الله وبركته





Dari dulu aku cukup pelik kenapa ramai sangat orang yang cintakan kucing. Kalau bab comel tu memang tak dapat dinafikanlah. Manja? aku tak rasa semua jenis kucing tu manja. Ada yang suka mencakar and gigit orang kot!

Aku ingat lagi, disebabkan aku ni dari zaman matrik dah start hidup berjauhan dengan family. So bila waktu cuti menumpang la aku dekat rumah bestfriend yang rumahnya ada beberapa ekor kucing! Aku ni dah lah penakut kucing, boleh bayangkan tak aku duduk rumah tu macam mana? Dah macam cacing ketakutan asyik dok lari dari kucing.

Belum cerita waktu zaman Uni pulak. Waktu lunch hour, makan dekat food court. Punya la banyak kucing merayap. Yewla, tempat makan kan. Heaven la kucing-kucing tu ramai yang bermurah hati nak bagi makanan. Tapi yang paling aku tak gemarnyaaa, tengah syok-syok bergosip-menyembang dengan member, tiba-tiba kucing melompat atas meja! perghhh, nasib la aku ni jenis tak menjerit bila terkejut. Cuma tindakan reflex dari terkejut tadi cuma laju-laju bangun dari kerusi lah. hahha

Aku ni tidak la kejam pon. Cumanya aku ni lebih kepada takut dekat kucing. Bukan apa, aku takut kena cakar. Aku tak faham bila tengok orang lain bagi je kucing dok gigit-gigit dia. Dalam kepala otak aku, "errrr, xsakit ke kucing dok gigit-gigit tuh". Aku ni still ada la belas kasihan. Kalau kucing datang dekat aku dengan cara baik, aku bagi je kot makanan. Dekat rumah aku sendiri pon, walaupun tak membela kucing, tetap ada yang datang sebab diorang pon tau agaknya kalau datang rumah aku boleh dapat makanan. hahha



TAPIIIIIIII! semua prasangka ketakutan aku dekat kucing ni hilang sejak adik aku bawak balik seekor kucing dekat rumah. Mula-mula tu memang aku geram jugak la, nak pegi dapur dia ikut, nak masuk bilik dia ikut, nak makan dia dok kejar-kejar kita. Aku rasa macam tak aman duduk dekat rumah!

Lama-kelamaan aku dah boleh terima. Aku pon dah mula sayang kucing aku nih. Hari-hari dok main dengan dia je. 2-3 hari dia takde kat rumah, sunyi je rasa! And of course orang yang paling pelik tengok aku adalah kawan-kawan aku. Dulu punya la penakut kucing, sekarang dah tidak lagi. hahha



Meet my cat! Nama dia Guy. tapiiii jangan tertipu, dia sebenarnya betina. hehehe 











ps: Now i am officially a cat lover! hehehehe 


08 April 2015

PROMOSI : Susu Kambing Segar Asli (Muar&kawasan sekitarnya)

Assalamualaikum. 

Berapa ramai dekat sini yang pernah minum susu kambing segar? 180% aku yakin mesti tak ramai yang pernah minum. Namun tahukah anda bahawa susu kambing segar mempunyai pelbagai khasiat dan kebaikan kepada tubuh kita? 

Antara yang paling selalu kita dengar, orang akan mencari susu kambing apabila menghidap penyakit demam kuning dan anemia. Hal ini kerana, susu kambing segar dapat membantu memulihkan pesakit dan susu kambing mempunyai sifat pengaktif antibodi yang boleh merangsang penghasilan sel-sel darah merah. 


Antara khasiat lain susu kambing: 
  • membantu dan menguatkan sistem imunisasi tubuh. Ia bersifat alkali dan bukan asidik.
  • sesuai untuk semua peringkat umur dari bayi dalam kandungan sampailah kepada orang tua.
  • meningkatkan daya kepekaan, penumpuan dan ingatan. Ia juga dapat mengimbangi kadar kolestrol dan kandungan gula dalam darah.
  • mudah dicerna (menyerap dalam tubuh badan) dan tidak menyebabkan alahan.
  • membantu melancarkan sistem penghadaman dan permasalahan usus.
  • merawat dan menyembuhkan penyakit kanser, demam kuning, gastrik, ulser, buasir, asthma (lelah), migrain (sakit kepala), penyakit kulit, insomia (sukar tidur), senggugut, darah tinggi, lemah jantung, kencing manis, batuk kering dan gout. 
  • menguatkan jisim tubuh yang sihat (tulang, gigi, otot, sendi, kulit dan tisu saraf)
  • memulihkan tenaga batin dan awet muda. 















untuk sesiapa yang berada di Muar,johor & kawasan sekitarnya yang nak dapatkan SUSU KAMBING SEGAR ASLI bolehlah hubungi no kat bawah:


-----> 017-6921664 
-----> pm di fb : faiz ismail

p/s : promosi penghantaran percuma pada hari khamis (9/4/2015) di kawasan Muar & sekitarnya. 
p/ss : cepat-cepat orderrrrr!!












Selain itu, bagi yang mencari kambing untuk akikah, korban, kenduri atau jamuan, mereka juga menternak dan menjual kambing ternakan. Boleh singgah page ni untuk maklumat lebih lanjut :





This Content Of This Blog Belongs To : Fatin Solihah