25 July 2012

dalam tak sedar





yea.dalam tak sedar dah masuk seminggu kita berpuasa.ohh.disebabkan aku duduk dekat arab,maka masuk harini genaplah seminggu sebab kitorang mula puasa awal sehari dari malaysia.

tinggal lagi 3 minggu untuk kejar keberkatan dalam bulan nih.so kena kasi speed paling lajulah untuk kejar.aku sendiri pon terkedek-kedek lagi nih.

dan harini jugak,aku nak ucap all the best untuk kawan-kawan aku dekat uum sebab arini result sem 2 keluar.tak lupa jugak untuk diri aku sendiri.hahhaa.walau kecut macam mana pon nak tunggu result,kena la buat-buat cool untuk sedapkan hati sendiri.

walau apa pon yang terpapar dekat slip tuh nanti,redha lah sehabis mungkin.sebab itulah tahap usaha yang kita dah buat.dan itu adalah yang terbaik yang tuhan nak bagi.bersyukur.

tapi kalau aku,menangis sesikit dulu lah kot.pastu lupa.pastu berazam untuk sem depan nak buat yang lagi baik konon.tapi tengok-tengok ke laut jugak.lepas dah nangis sepam dua,bukak puasa nanti boleh la cari aiskrim nih untuk mengrefresh kan balik diri sendiri.tapi kat arab nan hadooo aiskrim nih.ceh !

itu sahaja untuk update kali nih.see you !

salam ramadhan dari bumi arab.ecececeeh :)


menarik :
Look “hot” and get snapped for a refreshing surprise!
What’s stopping you from talking all day long?

21 July 2012

manusia biasa





aku memang manusia biasa.

yang tak sempurna dan kadang salah.

namun di hatiku hanya satu.

cinta untukmu luar biasa.

aku kan selalu bertahan.


sampai waktu memanggilku.






# andai saja kau tahu.

14 July 2012

Contest Header Cute & Awesome -:by Miss Opsspocot !

yeahhh ! contest datang lagi ! (sila baca dengan gaya iklan,tora datang lagi ! he3)




masa-masa takda idea nak update entry,daripada terbiar je blog aku nih.baik aku join segala contest and giveaway.nak-nak yang syarat dia simple-mimple je..memang laju aku join.hik3

so,jom la join reramai okkaayy.klik sini :)


11 July 2012

GIVEAWAY from IRINBLOGSPOT




nak join klik sini :)


lama dah tak bermanja-manja dengan blog nih.eeeuuww.cuti-cuti macam nih la nak mengemas menyapu mengemop blog yang dah berhabuk nih kan.

tadi ada sorang kawan sekolah dulu, fatin sya invite untuk join GA dia yang pertama.taraaa ! haruslah join kann.sebab hadiah dia superb okkaayy.chocolate yang enak / pakaian / aksesori ! seee,penuh dengan surprise..ikut kesesuaian peserta katanya.

syarat-syarat dia pon simple.tak payah nak tag-tag orang ( paling leceh kalau kena tag-tag nih ).and lagi satu kena like 3 page ( bukan berpuluh-puluh macam sesetengah GA tuh ) and of coz la page tuh dah lama dah aku like-like.hik3

so,korang.jom support ramai-ramai ok.jom meriahkan lagi GA dari fatin sya yang pertama nih :)

lagi sekali,nak join klik sini ok :)


02 July 2012

manusia tanpa kepala





bila kau tuhan letakkan di atas,kau jangan cepat melatah.kau nikmati masa-masa sepanjang kau di atas.bersyukur kau diberi peluang merasa duduk di atas.tuhan beri kau nikmat berada di atas supaya kau bersyukur.supaya kau berfikir.

dan bila kau tuhan letakkan di bawah,kau jangan cepat mengalah.ada kalanya,masa-masa di bawah adalah terbaik.belum tentu kau akan bahagia kalau kau berada dekat atas.dan masih,kau tetap perlu bersyukur.

atas dan bawah,tuhan dah tetapkan.itu takdir.kau dau aku,bukan siapa-siapa nak tentukan itu dan ini.yang penting,aku bukan Monsters ok?




This Content Of This Blog Belongs To : Fatin Solihah