18 January 2014

SEARCHING PLACE FOR INTERNSHIP. ANYONE CAN HELP?

assalamualaikum and hi

selamat berhujung minggu semua. nak dekat sebulan lebih jugaklah tak menghadap blog sebab sibuk nak kejar dateline assignment and final exam. sekarang dah relax sikit lah boleh dok goyang kaki sebab tengah cuti sem.ihik.

btw, aku sekarang ni dah habis sem 5 dan insyAllah tinggal 1 sem je lagi sebelum menamatkan pengajian. tu yang terhegeh-hegeh dok cari tempat practical tuh. orang kata jangan cari lambat-lambat, nanti takut susah nak dapat. ye lah, berapa ramai student yang mohon nak buat practical jugak kan. so kite ni kira macam kena rebut jugak lah!

tengah-tengah cuti ni la nak survey-survey tempat intern. masa ni la baru nak buat surat, resume bagai. hiuhhh. aku nak mintak tolong nih dekat korang-korang yang ada cadangan company untuk buat intern. tak kisah dekat mana pon tapi sabah sarawak tak nak la kot. jauh sangat tuuuhh.hee

and kalau ade siapa-siapa yang tengah bekerja sekarang nih, helo-helo la kalau company korang tu boleh ambik student untuk practical. aku dengan berbesar hatinya akan pegi mintak! wiwiwiwiwi

andd andd andd siapa yang pernah ada pengalaman pergi intern tuh, ce cite sikit pengalaman korang. kena buli ke, kena marah ke, kerja menimbun sampai tak dapat cuti ke etc...

aku nih walaupun lambat lagi intern-nya dalam bulan 6 nanti, tapi debarannya dah terasa kottt. *nampak tak gelojoh kat situ* excited nak rasa pengalaman kerja, tapiii perasaan cuak tu lagi banyak lah sebab kita nih tak pernah seumur hidup bekerja tau, so memang langsung tak ada pengalaman kerja.


jadi dengan ini besarlah harapan supaya rakan-rakan dapat membantu dalam proses pencarian bakal suami company untuk internship aku nih ye.
segala pertolongan rakan-rakan saya dahulukan dengan ucapan TERIMA
KASIH DAUN KELADI.


p/s : background study, international business management.









3 comments:

mny said...

Kena la bgtau nak internship area mana dan background study aper..

super d0uble F :) said...

internship xkisah area mana..
background study : int.biss
so,any part in management boleh masuk.hee :)

Internship Malaysia said...

Cuba layari http;//intern.my terdapat pelbagai peluang latihan insdustri terdapat di sana. Anda juga boleh subscribe untuk mendapat maklumat kekosongan latihan industri terkini terus ke email anda. Semoga berjaya :)

This Content Of This Blog Belongs To : Fatin Solihah