23 June 2016

My Second Graduation Day!


Assalamualaikum & Hi.


Setahun yang lalu sempat la merasa jadi penganggur kejap. kejap tak kejap, hampir 4-5 bulan jugaklah. Waktu tu syok gak arr mereput dekat rumah, tengok tv, makan membesarkan badan, berjalan bagai. At the same time, poket semakin berlubang & mulalah rasa panas punggung bila tengok kawan-kawan yang lain dah kerja & ada income sendiri.

Bukan tak cari kerja, mungkin belum rezeki aku. Aku pergi interview, aku pergi karnival kerjaya tapi takde satu pon yang lekat. Dekat Jobstreet saja tok sah cerita, beratus application aku agaknya. Sampai bila ada orang call panggil interview, aku tak ingat dah yang aku pernah apply kerja tuh *sigh*

Ada satu hari tuh, aku tengah drive teman mak aku pergi beli barang dapur. And then dapat phone call, aku tak angkat sebab tengah drive. Aku ni ikut peraturan jalan raya okay! Then orang tu call lagi, call lagi and aku pon angkat.

Lepas bagi salam, dengan lajunya dia cakap sekali nafas "Cik pernah apply program Ekuinas Portfolio Company Graduate Trainee Program (EPCGTP) kan? Tahniah, cik berjaya terpilih dan sila datang ke Assessment Day pada sekian sekian haribulan di sekian sekian tempat. Saya nak confirmkan kehadiran, cik boleh datang tak?"

Aku sempat la bermonolog dalaman sekejap, benda apa dia cakap laju sangat ni. Aku tak sempat nak hadam pon program apa yang dia cakap tu sambil otak tengah dok proses, aku ada mohon ke? hahha

Then aku cakap dekat dia, "Ok. saya dah berhenti tepi jalan, tadi saya tengah drive. Boleh ulang balik tak? Laju sangat cik cakap tadi, program apa ya?"

Then the story begins....

This is definitely one decision that I never regret to joined. The experiences, the people you met along the way and the friends you got, all worth it! I am proud to be one of the EPCGTP products.

ohh yaa, EPCGTP is now called as ILTIZAM PDP!

Welcome on board new juniors :D




after the ceremony 


abam Remy Ishak pon ada! 


kasi lah chann! 



Alhamdulillah, I did it till the end. Thank you Ekuinas & CSR Team. Thank you for this great opportunity. 


EPCGTP / ILTIZAM PDP BATCH 2015-2016


No comments:

This Content Of This Blog Belongs To : Fatin Solihah