alhamdulillah.selesai sudah majlis perasmian program 1crum yang aku sertai.minggu lepas memang sangat busy.preparation untuk majlis bacaan yasin,badminton challenge dan ada 2 lagi program yang belum berlangsung iaitu majlis penyerahan bantuan ke kuala kedah dan karnival amal.
semua ajk yang terlibat sibuk menyiapkan tugas masing masing.tekanan juga sebab minggu exam midsem,assignment,dan hal program yang masih banyak belum disettlekan.masing masing penat.tapi sem0ga tuhan merahmati setiap apa yang kami cuba laksanakan.
program 1crum ini ialah satu projek amal yang kami laksanakan untuk mengutip bantuan dari orang ramai bagi membantu golongan yang memerlukan.kami juga turut mengutip bantuan untuk saudara saudara kita di palestin.setiap kutipan yang kami lakukan akan disalurkan sepenuhnya kepada golongan golongan ini.
Program 1 Ringgit, 1 Month, 1 UUM, 1 Charity yang bertemakan “ Mahasiswa/i Perihatin ” ini merupakan sebuah program kebajikan dan kemasyarakatan bagi meraikan masyarakat yang kurang bernasib baik dan memerlukan bantuan. Program ini berlangsung selama sebulan dan akan diisi dengan pelbagai program kebajikan. Program ini akan dimulakan dengan MajlisBacaan Yassin dan Perasmian Tabung Amal. Program ini juga turut diceriakan dengan Pertandingan Badminton Piala Amal Inter Dpp dan Inter Jabatan bagi menunjukan sokongan warga UUM terhadap golongan kurang bernasib baik ini.
jika sesiapa yang berminat untuk menghulurkan bantuan,bolehlah tinggalkan komen di entri ini.semoga setiap sumbangan kita dapat meringankan lagi beban golongan yang memerlukan bantuan ini.
2 comments:
nah seposen,,
kedekut..ade ke sep0sen jew :P
Post a Comment