25 February 2013

Muezza_stylishshawl -- ♥ Bergayalah mengikut syariat ♥

assalamualaikum :')

nak jemput awak-awak semua singgah page Muezza_stylishshawl nih. banyak pilihan shawl halfmoon yang cantik-cantik tau korang. dan yang paling penting sekali, shawl nih semestinya lebih labuh berbanding shawl lain yang terdapat di pasaran. ini bukan cakap kosong tau korang, saya sendiri dah tengok cousin saya (owner) menggayakan shawl nih ;)

selain tu, material yang digunakan adalah LYCRA HIGH QUALITYInsyaAllah tak terbentuk sebab bila pakai, awak ibarat lapiskan dua kain pada bahagian depan, tak macam tudung instant yang terbentuk susuk tubuh di bahagian hadapan.Boleh tutup sisi juga 

tak nak cakap banyak lah, nak tunjuk kat awak-awak antara koleksi-koleksi yang ada di Muezza_stylishshawl nih (^-^) 


PROMO Stylish.Muezza




nampak stylish bila pakai Stylish.Muezza-Halfmoon nih kan :) 
Kelebihan yang paling utama : FREE SIZE tapi tetap dapat labuh di hadapan. BOLEH PELBAGAI GAYA! Kain yang digunakan adalah : LYCRA HIGH QUALITY!

SPECIAL.EDITION cinta.muezza




Edisi KHAS ♥ cinta.muezza bersama AWNING! :)
ton COLOUR + boleh jimat tudung. pelbagai jenis baju boleh dipadankan dengan 1 cinta.muezza~halfmoon..

Cinta.Muezza-Halfmoon



Kelebihan yang paling utama : Sesuai untuk saiz M,L,XL..
Wow! 3 saiz dalam 1 shawl & Tudung ni akan automatik nampak berombakkkk. Cantik! :)
Yang penting, LABUH TUTUP DADA. Ikut syariat..


bukan setakat tu je,kalau korang nak tengok contoh owner menggayakan shawl nih pon boleh :)


Tudung Labuh Muezza Tutorial




macam mana? banyak kan pilihan yang cantik-cantik ! kalau awak semua nak tau, banyak stok yang dah habis tau. and ada jugak stok yang belum dimasukkan dalam page pon dah ada orang booking.kalau awak semua nak, kena cepat-cepat singgah and booking cepat-cepat lah tau. ada banyak lagi pilihan shawl yang korang boleh pilih dekat page Muezza_stylishshawl :)




Berfesyenlah Mengikut Acuan Allah, Sang Bidadari Tercinta  


Muezza_stylishShawl menyediakan :

^shawl yang mengikut trend terkini, 

^mudah & selesa dipakai, 

^sesuai dipakai 'anytime', 

^memberi lebih keyakinan kepada si pemakai & yang paling penting ialah shawl keluaran kami pastinya

LABUH MENUTUP DADA... 







♥ Bergayalah mengikut syariat ♥






lain-lain menarik : Show some love for your V!






17 February 2013

it's all about money

assalamualaikum.

just a short update sebab tak nak bagi blog ni bersawang sangat. betullah, duit bukan segala-galanya. ada benda yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit semata. just a reminder for myself and people outside there ;)



 Duit boleh beli BANTAL & TILAM, tapi tidak boleh beli TIDUR..
 Duit boleh beli UBAT, tapi tidak boleh beli KESIHATAN..
 Duit boleh beli BUKU, tapi tidak boleh beli KEBIJAKSANAAN..
 Duit boleh beli INTAN PERMATA, tapi tidak boleh beli KECANTIKAN..

 Duit boleh beli MAKANAN, tapi tidak boleh beli SELERA..
 Duit boleh beli RUMAH, tapi tidak boleh beli KELUARGA..


 Duit boleh beli BARANGAN MEWAH, tapi tidak boleh beli PELAJARAN..
 Duit boleh beli HIBURAN, tapi tidak boleh beli KEBAHAGIAAN..

 Duit boleh beli PERNIAGAAN, tapi tidak boleh beli KEBERKATAN..
 Duit boleh beli CINTA, tapi tidak boleh beli KESETIAAN..


 Duit boleh beli ORGAN BADAN, tapi tidak boleh beli NYAWA..
 Duit boleh beli PANGKAT & KEDUDUKAN, tapi tidak boleh beli IMAN..


** today is my first day for semester 4. i hope i will work hard for this semester. pray for me :)

09 February 2013

arwah atuk dalam kenangan :'(

assalamualaikum.

sungguh aku tak sangka, rupa-rupanya ada sebab kenapa tuhan menakdirkan aku untuk tak pulang ke arab saudi untuk bersama keluarga cuti sem kali nih. lebih tak sangka lagi, cuti kali nih aku kehilangan satu-satunya atuk (lelaki) yang aku still ada *atuk belah ayah dah lama meninggal*

# minggu 1
minggu pertama aku cuti sem. dapat tau atuk sakit. atuk masuk hospital. lepas je dapat berita,terus aku pergi hospital. waktu tu atuk still boleh bangun lagi, still boleh lagi bercakap dengan aku. boleh lagi bercakap dalam telefon dengan ibu ayah. yang paling penting, waktu tu atuk still masih boleh tersenyum :')

# minggu 2
masuk minggu 2, atuk hanya terbaring kat atas katil. tak mampu nak bangun dah. dah lebih 8 hari atuk tak nak makan. kalau makan pon hanya 2 suap. atuk dah jadi kurus sangat sangat. sampai tinggal tulang dah. hanya minum air je. dan sekali lagi, aku biarkan atuk bercakap dalam telefon dengan ibu walaupun apa yang atuk cakap dah tak berapa nak faham *rupa-rupanya ini adalah kali terakhir ibu bercakap dengan atuk*. tiada lagi senyuman di wajah atuk :'(

# minggu 3
keadaan makin teruk. atuk dimasukkan ke hospital pkul 4.30 pagi kerana sesak nafas. aku dah langsung tak faham apa yang atuk cakap. atuk nak makan bubur pengat pisang. mujur waktu tu adik aku yang dekat matrik balik cuti, aku suruh dia pergi cari bubur tuh. nasib baik jumpa,tapi atuk makan hanya 2 sudu je. kesian atuk :'(

esoknya,tidur aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari mak su mengatakan atuk dah sakit teruk. doktor mahu cuba menggunakan mesin oxygen dekat atuk. aku bergegas kejut adik aku siap-siap untuk untuk ke hospital. 5-10 minit kemudian, mak su telefon lagi kata atuk dah takde. Allah. tuhan je tau perasaan waktu tuh.

atuk pergi meninggalkan kami semua pada 06-02-2013..

ini gambar atuk yang terakhir aku ada. sehari selepas keluar hospital minggu 1 :'(


** aku dan adik aku adalah wakil keluarga yang ada sebab ibu dengan ayah tak dapat balik ke malaysia. 
** pengat pisang merupakn permintaan terakhir atuk dan itu lah makanan terakhir yang dia makan.
** aku sempat sampaikan amanah dari ibu untuk sampaikan dekat atuk sebelum atuk pergi. mujur. aku kuatkan diri jugak waktu nak sampaikan tuh. ibu sendiri tak dapat nak cakap sendiri dekat atuk sebab ibu kata tak dapat nak luahkan. 
** kampung dah sunyi dari gelak ketawa atuk yang selalu main dengan cucunya yang paling kecik kat kampung :'(


“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.”(Surah Ali Imran 185)


ya Allah. kau tempatkanlah atuk di kalangan orang yang beriman.amin ~

-- setiap yang bernyawa pasti akan mati.








02 February 2013

ada apa dengan rahsia 13?

assalamualaikum.

ada apa dengan rahsia 13? rahsia 13 sebenarnya adalah rahsia yang terdapat di dalam solat :)


1. Niat Sembahyang sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.

7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.

9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.

10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.

13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.




Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu


sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab

mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di

kalangan kamu yang perasan!!!” 



islam itu indah :)

assalamualaikum.

just a short note. sedikit perkongsian ilmu.semoga berguna untuk kita semua insyAllah :)


1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan

langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, solat, berzikir, dan berdoa.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika


solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan zikir dan doa.

3. Untuk pelembab agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan


lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana

 engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- ( DOA TENGOK


 CERMIN ).

4. Untuk mempunyai bibir yang cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati 


orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.


5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika 


kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS iaitu selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyakkan


 sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenali dan


 disayangi.







01 February 2013

IntaNBerliaN Mega Giveaway 2013

assalamualaikum





dah lama tak join giveaway rasanya. harap-harap GA pertama yang aku join untuk tahun nih bertuah lah.dapat hadiahkan untuk diri sendiri sempena birthday yang akan datang nih.ehem ;)

antara sponsor hadiah dalam GA nih :


hadiah dia pon menarik.syarat pon senang.apa tunggu lagi,jom la sama-sama memeriahkan GA nih :)





This Content Of This Blog Belongs To : Fatin Solihah