09 February 2013

arwah atuk dalam kenangan :'(

assalamualaikum.

sungguh aku tak sangka, rupa-rupanya ada sebab kenapa tuhan menakdirkan aku untuk tak pulang ke arab saudi untuk bersama keluarga cuti sem kali nih. lebih tak sangka lagi, cuti kali nih aku kehilangan satu-satunya atuk (lelaki) yang aku still ada *atuk belah ayah dah lama meninggal*

# minggu 1
minggu pertama aku cuti sem. dapat tau atuk sakit. atuk masuk hospital. lepas je dapat berita,terus aku pergi hospital. waktu tu atuk still boleh bangun lagi, still boleh lagi bercakap dengan aku. boleh lagi bercakap dalam telefon dengan ibu ayah. yang paling penting, waktu tu atuk still masih boleh tersenyum :')

# minggu 2
masuk minggu 2, atuk hanya terbaring kat atas katil. tak mampu nak bangun dah. dah lebih 8 hari atuk tak nak makan. kalau makan pon hanya 2 suap. atuk dah jadi kurus sangat sangat. sampai tinggal tulang dah. hanya minum air je. dan sekali lagi, aku biarkan atuk bercakap dalam telefon dengan ibu walaupun apa yang atuk cakap dah tak berapa nak faham *rupa-rupanya ini adalah kali terakhir ibu bercakap dengan atuk*. tiada lagi senyuman di wajah atuk :'(

# minggu 3
keadaan makin teruk. atuk dimasukkan ke hospital pkul 4.30 pagi kerana sesak nafas. aku dah langsung tak faham apa yang atuk cakap. atuk nak makan bubur pengat pisang. mujur waktu tu adik aku yang dekat matrik balik cuti, aku suruh dia pergi cari bubur tuh. nasib baik jumpa,tapi atuk makan hanya 2 sudu je. kesian atuk :'(

esoknya,tidur aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari mak su mengatakan atuk dah sakit teruk. doktor mahu cuba menggunakan mesin oxygen dekat atuk. aku bergegas kejut adik aku siap-siap untuk untuk ke hospital. 5-10 minit kemudian, mak su telefon lagi kata atuk dah takde. Allah. tuhan je tau perasaan waktu tuh.

atuk pergi meninggalkan kami semua pada 06-02-2013..

ini gambar atuk yang terakhir aku ada. sehari selepas keluar hospital minggu 1 :'(


** aku dan adik aku adalah wakil keluarga yang ada sebab ibu dengan ayah tak dapat balik ke malaysia. 
** pengat pisang merupakn permintaan terakhir atuk dan itu lah makanan terakhir yang dia makan.
** aku sempat sampaikan amanah dari ibu untuk sampaikan dekat atuk sebelum atuk pergi. mujur. aku kuatkan diri jugak waktu nak sampaikan tuh. ibu sendiri tak dapat nak cakap sendiri dekat atuk sebab ibu kata tak dapat nak luahkan. 
** kampung dah sunyi dari gelak ketawa atuk yang selalu main dengan cucunya yang paling kecik kat kampung :'(


“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.”(Surah Ali Imran 185)


ya Allah. kau tempatkanlah atuk di kalangan orang yang beriman.amin ~

-- setiap yang bernyawa pasti akan mati.








4 comments:

Arfahani Arsad said...

takziah dear..insyaAllah atuk awk tenang kt sana :)

Cik Fatin said...

thanks Arfahani Arsad :'(

Unknown said...

Takziah hun. 18th Feb ni genap 3 tahun arwah nenek Ain dah meninggal. Rasa macam baru je dapat berita yang dia dah pergi...

Jangan sedih k...kalau teringat kat arwah atuk Fatin, sedekahkan doa kat dia. InsyaAllah, semoga arwah atuk & nenek kita ditempatkan di kalangan mereka2 yang beriman.

Cik Fatin said...

thanks ain :')

This Content Of This Blog Belongs To : Fatin Solihah