24 July 2013

nak cantik jelita di hari raya? ---> FCC Raya Promotion

assalamualaikum dan salam ramadhan :')

Alhamdulillah dah masuk pertengahan ramadhan hari ini. dah 15 hari kita berpuasa maka rebutlah segala kebaikan yang terkandung di dalam bulan ramadhan dan bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk bertemu ramadhan. insyAllah syawal pon bakal menjelma tak lama lagi. so bagi para wanita dekat luar sana yang mahu kelihatan cantik di hari lebaran, jom check it out FCC(Farmasi Colour Cosmetic )sebab FCC tengah buat promosi sekarang nih tau! 




first of all,kena la tau sedikit sebanyak pasal FCC dulu kan. produk FCC nih bukan local brand tau. FCC berasal dari Istanbul, Turki dan telah bertapak selama 5 tahun di Malaysia. brand nih dah memasuki pasaran di 118 negara termasuklah Malaysia. FCC mempunyai 2 sijil Halal dari Turkey MOH Lab dan Artibel.



YES YES YES ! FCC tengah buat promotion menjelang hari raya ini macam gambar dekat atas nih.


promo 1 : FCC Adorn Set

• Look modest this coming Raya with FCC Adorn Set!
• Comprises of FCC NEW and HOT selling items at DISCOUNTED price!
• Here’s MORE!! For every purchase of FCC Adorn Set, get FCC Limited Edition Tote Bag* for FREE.
• PLUS take home FCC Limited Edition Money Packet*.
• We are VERY SURE it’s WORTH every penny spent! Note:
• YOU may choose either one ONLY for item 1, 2 & 3 and YOU have the freedom to choose the color.
• It doesn’t come with any gift box. It’s all loose items.

• *while stocks last

Antara produk yang terdapat dalam FCC Adorn Set ini ialah : 


** CC Cream OR BB Cream
** Advance Styling Mascara OR Starlook Mascara
** Deep Look Eye Dipliner OR Kohl Kajal Pencil
** Rough Lipstick
** Wet Wipes Make Up Remover
** Tender Blush On

PROMO DURATION: 1st JULY 2013 – 11th AUGUST 2013




promo 2 : FCC Duit Raya Fever

-- Turn your dreams into reality with FCC DUIT RAYA FEVER CONTEST!
-- WIN RM 1000 CASH GRAND PRIZE!! or 5 x RM 200 Consolation Prize
-- 3 Easy Steps to WIN!

Step 1  : Send us your Full Name, Contact No., Email, Blog (if any) & FB Name together with your proof of purchase (any kind of receipt) via PM to FCC FB Page: FCC (Farmasi Colour Cosmetics)  or email it to marketing@naturalifesolution.com

Step 2  : Post a product review/testimony/comments/pictorial/video tutorial/etc on FCC product via FCC FB Page ONLY & SHARE your review to your family and friends. The MORE effort to share, the CLOSER you are to WIN!! Make sure you tag FCC FB Page if you make a review in your personal blog.

Step 3   : Don’t forget to LIKE FCC FB Page: FCC (Farmasi Colour Cosmetics)
              & Follow FCC on Instagram : FCC Malaysia

YOU could be the WINNER of the RM 1000 CASH PRIZE!!              


CONTEST DURATION : 1st JULY 2013 – 4th  AUGUST 2013
** Winner will be announced by 12th August 2013.


untuk more details boleh ke :


Website FCC : www.fcc.net.my
Instagram FCC : FCC Malaysia
FCC Fb Fanpage : Fcc Farmasi Colour Cosmetic













13 July 2013

part time job online : cara mudah mendapatkan wang

assalamualaikum.

Alhamdulillah dah masuk hari ke 5 kita berpuasa arini. so,di pagi hari ahad yang sejuk nih dengan gigihnya aku menaip sambil berselubung dalam selimut semata-mata nak share dengan korang cara senang kacang goreng untuk mendapatkan wang.

yang paling penting ia adalah PERCUMA dan tidak perlukan modal barang sesen pon.hanya memerlukan jari korang je bekerja ketungg ketangg taraaaa! duit pon masukk $$$. eh kemonn kemonn la korang,job ni memang senang sangat.in fact,aku ni memang tak suka buat kerja yang susah-susah.buat serabut je nanti.so aku nak tunjuk kat korang job senang-senang je.boleh buat sambil goyang kaki la waa cakap lu! hik3

contoh job?
*like page [fb]
*like gambar [fb]
*share gambar [fb]
*comment gambar [fb]

ok.itu antara contoh kerja yang korang boleh buat dan yang pastinya aku dah buat.ada jugak job yang diberi untuk instagram.lepas korang dah siapkan job,kena hantar proof yang korang dah selesaikan job tu.after employer puas hati then dia akan confirmkan payment korang tuh.btw,payment dalam dollah DOLLAR tau you olsss!


ok.ni antara contoh kerja yang aku dah buat dan payment yang aku dapat.ada yang pending lagi payment tu.

kerja senang tanpa modal,korang jangan la expect buat job nih seminggu da boleh beli Iphone.no no no.maka lebih afdal kalau kita mengamalkan "sikit-sikit lama-lama jadi bukit" ye kawan-kawan,

dok pumm pang pumm pang dari tadi kau nih fatin oii,job apanya yang kau dok bebel dari tadi nih??

haiyaa,lek luuu.sabar tu kan separuh dari iman.aku nak kasi tau la nih.

ini haa dia.AssignJobs namanya.nampak tu setakat ni aku baru sapat $ 6.08.jadilah tu,aku baru je join nih dah dapat banyak tuh.tak boleh cash out lagi sebab kena cukupkan $ 30 dollar.

amacam,berminat tak? untuk yang tengah bercuti sem macam aku nih and tak buat pape-pape kat rumah tu meh lew join.tak rugi pon.sementara korang nak tunggu waktu berbuka tuh,buat job dah dapat duit kan.ihik.

jom join ramai-ramai.tak rugi pon.free je daftar.boleh mendaftar dekat SINI ok.jom bikin wang sama-sama yaaaa :D

selamat berpuasa dan selamat menjadi kaya :)









Giveaway Ramadhan & Hari raya datang lagi. syukur!



insyAllah akan pulang berhari raya di terengganu :)




09 July 2013

welcome Ramadhan

assalamualaikum.

dah selesai sahur semuanya? alhamdulillah..mulakan hari pertama berpuasa ini dengan azam supaya dapat mengutip sebanyak-banyaknya keberkatan yang terkandung di dalam bulan ini.

bagi yang bersahur dengan keluarga,dengan kawan-kawan tadi sila hargai moment anda bersama mereka ya.ramadhan kali ini sedikit hambar buat aku,keluarga aku takde.tinggal aku dengan adik je berdua.bersahurlah kitorang dengan teramatlah sederhana berdua.aku sampai tercengang, "benda apa aku nak masak nih?".hahha.aku tak pernah kot masak sahur.selalunya aku tukang tolong-tolong je kat dapur.

sepanjang 5 tahun aku dekat asrama aku sahur dan berbuka dengan rakan,puasa dekat matrik aku sahur dan berbuka dengan roomate,tahun lepas aku sahur dan berbuka dengan keluarga di tanah haram arab saudi,tahun nih aku sahur dan berbuka berdua je dengan adik aku.

takda rezeki pulak nak terbang balik arab tahun nih.tapi takpa,insyAllah aku masih kuat untuk hadapi ramadhan tahun ini.mungkin rezeki lain pulak Tuhan nak bagi kita tak tahu kan.ihik.

bagi menghilangkan kerinduan dekat rumah,aku tengok je jejak rasul dekat tv tuh.tempat-tempat yang dia pergi adalah tempat-tempat yang dekat dengan rumah aku.maksud aku dekat Makkah.rasa kelakar pulak bila tengok.kau bayangkan macam orang buat penggambaran dekat tempat kau tinggal,rasa excited dia lain macam sikit.ahakk.

apa-apa pon,aku rindu puasa di arab saudi.aku pon dah lama tak balik sana.last adalah bulan ramadhan tahun lepas.nak dekat setahun dah la.insyAllah saudi,kita akan bertemu lagi jika diizinkan :)




salam Ramadhan :')




06 July 2013

Longchamp Giveaway

assalamualaikum.





geng,jom join ramai-ramai.syarat dia mudah lah sangat.petik jari 5 saat selesai. tak rugi pon join,untung-untung menang sapa tahu kan.jom join.klik link atas tu okay :)




02 July 2013

blog aku ke yang bermasalah nih?

assalamualaikum.

aktiviti waktu petang lepas hujan nih kononnya nak berblogwalking. almaklumlah tengah ada masa yang banyak nih. tapi tapi tapiii..nampaknya hasrat aku nih terbantut gara-gara masalah nih :





aku je ke yang hadapi masalah macam nih? blogger bermasalah ke lappy or line aku yang bermasalah? grrrr.nampaknya,aku kena buat kerja lain dulu lah.malam nanti baru aku sambung blogwalking balik.

eh,layan candy crush dulu.chiiawwww :)




This Content Of This Blog Belongs To : Fatin Solihah