09 July 2013

welcome Ramadhan

assalamualaikum.

dah selesai sahur semuanya? alhamdulillah..mulakan hari pertama berpuasa ini dengan azam supaya dapat mengutip sebanyak-banyaknya keberkatan yang terkandung di dalam bulan ini.

bagi yang bersahur dengan keluarga,dengan kawan-kawan tadi sila hargai moment anda bersama mereka ya.ramadhan kali ini sedikit hambar buat aku,keluarga aku takde.tinggal aku dengan adik je berdua.bersahurlah kitorang dengan teramatlah sederhana berdua.aku sampai tercengang, "benda apa aku nak masak nih?".hahha.aku tak pernah kot masak sahur.selalunya aku tukang tolong-tolong je kat dapur.

sepanjang 5 tahun aku dekat asrama aku sahur dan berbuka dengan rakan,puasa dekat matrik aku sahur dan berbuka dengan roomate,tahun lepas aku sahur dan berbuka dengan keluarga di tanah haram arab saudi,tahun nih aku sahur dan berbuka berdua je dengan adik aku.

takda rezeki pulak nak terbang balik arab tahun nih.tapi takpa,insyAllah aku masih kuat untuk hadapi ramadhan tahun ini.mungkin rezeki lain pulak Tuhan nak bagi kita tak tahu kan.ihik.

bagi menghilangkan kerinduan dekat rumah,aku tengok je jejak rasul dekat tv tuh.tempat-tempat yang dia pergi adalah tempat-tempat yang dekat dengan rumah aku.maksud aku dekat Makkah.rasa kelakar pulak bila tengok.kau bayangkan macam orang buat penggambaran dekat tempat kau tinggal,rasa excited dia lain macam sikit.ahakk.

apa-apa pon,aku rindu puasa di arab saudi.aku pon dah lama tak balik sana.last adalah bulan ramadhan tahun lepas.nak dekat setahun dah la.insyAllah saudi,kita akan bertemu lagi jika diizinkan :)




salam Ramadhan :')




This Content Of This Blog Belongs To : Fatin Solihah