25 July 2015

too much to write

Assalamualaikum


Dah lama sangat tinggalkan penulisan dekat blog nih terbiar. Ampunn wahai blog kesayangan-ku! 
Semenjak dah bekerja ni, masa sangatlah terbatas. Kalau ikutkan banyak sangat benda nak cerita, tapi bila dah semua disumbatkan dalam kepala otak, lama-lama semua lupa! 

Dari Perak ke Damansara - Petaling Jaya - Ampang Park. 
banyak tempat kerja kak leha nih. kalau cerita memang complicated. akan ku cuba ringkaskan ya. hahha ^_^'

Alhamdulillah kak leha terpilih untuk sertai Ekuinas Portfolio Company Graduate Trainee Programme (EPCGTP) 2015. Untuk batch tahun ni, seramai 60 orang telah terpilih. 
Kak leha bersama 2 orang rakan lain telah di hantar oleh Ekuinas ke portfolio company mereka di bawah Integrated Food Group dan kami ditempatkan di bawah pengurusan San Francisco Coffee. 

Orang lain start kerja dah masuk office, dah dapat department masing-masing. Tapi kami bertiga ni ditugaskan untuk ke outlet San Francisco Coffee selama sebulan untuk training. Kiranya kami memang belajar dari basic. Basuh pinggan-lap meja-mop lantai hinggalah ke penyediaan makanan semua kak leha kena belajar. 

Apa yang kak leha boleh simpulkan, kerja bahagian food and beverages (f&b) ni sangatlahhhh memenatkan. Kak leha dah boleh faham perasaan orang yang kerja bahagian dapur nih. Jadi sebagai customer, janganlah kita mudah nak memaki hamun kalau makanan/minuman yang di order tu lambat sampai atau tersalah hantar. Kita tak tahu, orang di dapur tu kadang-kadang yang memasak hanya sorang / 2 orang je. Menu plak dah berderet nak kena selesaikan. So faham-fahamlah kan keserabutan yang dihadapi di bahagian dapur. 

Actually banyak lagi situasi yang boleh diceritakan, tapi kak leha share 1 je. Nanti takut berjela sangat. Situasi atas ni paling biasa kita nampak kan. Customer yang datang makan/minum memang sebolehnya nak benda yang di order tu cepat siap & cepat dihantar kepada mereka. Lambat sikit mulalah nak merungut macam-macam. Belum masuk customer yang cepat melenting, jenuhhhh nak handle! 

Kak leha dah boleh nampak keadaan dari sudut customer dan juga staff di outlet. Bagaimana kita nak tackle customer. Macam mana kita nak jaga relationship dengan customer etc.. Banyak benda sebenarnya yang kak leha belajar, walaupon mula-mula terdetik jugak "kenapa aku nak kena basuh2 pinggan, mop lantai semua ni". Tapi percayalah cakap kak leha, sebelum anda semua jadi orang atasan yang hanya tahu mengarah, pastikan anda tahu juga bagaimana orang yang di sebalik tabir ni bekerja untuk memuaskan hati orang atasan/para pelanggan. 

Sebulan kak leha training di outlet San Franc (ampang park), dalam bulan Ramadhan. Perghhh, sangat sangatt sangattt menguji keimanan. Kak leha keluar rumah sebelum subuh tauuu, almaklumlah guna public transport je. So kenalah keluar rumah awal, kadang tu sampai rumah pon da gelap balik (malam). 

Kak leha dah mengantok. nak sudahkan entri ni pon dah tersengguk. Nanti ada masa kak leha cerita lagi okay. Ni baru intro je kot nih. ihiks! 

see you! 






2 comments:

ada. said...

oiii tak roger keje kat ampang park! hahahaha sekarang dok mana

super d0uble F :) said...

hahhha. sebulan je ddk sana. skrg keje kat PJ,sek 19. dok pon area sana gak :D

This Content Of This Blog Belongs To : Fatin Solihah