30 September 2016

KAMBING GOLEK D'MUAR PALING SEDAP !!!

Assalamualaikum & Hi :)

Sebelum ni aku pernah up entry tentang khasiat susu kambing segar dekat sini. Bagi sesiapa yang tinggal sekitar Muar, nak dapatkan susu kambing fresh, boleh contact number yang ada dekat situ okay.

Sekarang ni nak cerita pulak tentang Kambing Golek nyumm nyum!

Trend sekarang ni setiap majlis yang diadakan, mesti ada kambing golek! Tak kiralah majlis perkahwinan, majlis pertunangan, majlis harijadi, majlis reunion, akikah, jamuan hari raya dan macam-macam majlis lagi. Nampak tak, ramai yang suka jamu tetamu dengan kambing golek. Sebab apa? Of course la sebab kambing golek memang menjadi kegemaran orang ramai ^-^

Mengikut pemerhatian aku sendiri, majlis yang ada hidangan kambing golek confirm port tu yang paling ramai orang kerumun. Kadang-kadang, yang datang lambat tu memang tak sempat la nak menjamah kambing golek, tinggal tulang je! kih3

Bila niat kita nak menjamu dekat tetamu, mestilah kita akan pilih yang terbaik, yang paling sedap, yang paling elok, yang paling suci bersih betul tak? Semua tu korang boleh dapatkan di Kambing Golek D'Muar !!




Untuk yang tinggal berdekatan Muar, takkan nak tengok je!

Korang memang sangat beruntung sebab boleh dapatkan kambing golek yang sedap di sini! Tak payah runsing-runsing lagi mana nak cari kambing golek, boleh contact terus direct owner. Nak pilih sendiri kambing? Takde hal, boleh pergi kandang and pilih! Sesambil tu boleh tengok sendiri condition tempat yang tiptop!

Harga pon sangatlah berpatutan! Nak diskaun? Sebut je nama blog nih mesti dapat. Tak percaya? cuba try cuba try. kih kih kih


* peminat-peminat kambing golek, sapu licin! *


Apa istimewanya kambing golek D'Muar nih? 

Bahan perapan berkualiti dan resepi sendiri
Diperap semalaman untuk rasa enak memukau
Daging kambing yang segar dari ladang
Kambing daripada baka yg baik dan dijaga rapi
Feedback positif daripada pelanggan

Apa lagi yang istimewa, takkan ni je? 

Order & Cuba sendirilah!




Nah, kalau nak cuba sendiri & rasai kesedapan kambing golek boleh pergi ke page KAMBING GOLEK D'MUAR!


Dah order tuh, jangan lupa ngajak kita sekali yaaaa!


29 September 2016

FIRST TIME SHOPPING & DAPAT CASHBACK. SERONOKNYA!

Assalamualaikum & hi :)

Siapa sini kaki shopping macam kak leha angkat tangannnn! eh, walaupon tak nampak, kak leha assume ramai yang angkat tangan lagi-lagi perempuan. jangan tipu! i olss tau lahh. hahha

Dari zaman belajar, sejak dah pandai pegang duit sendiri and pandai transfer duit sendiri (inilah sebabnya dulu ayah taknak ajar bank in transfer T_T), hampir every month dok gatal tangan beli tu beli nih. oh yaa, kalau dulu zaman-zaman belajar mana ada masa sangat nak keluar shopping mall apa semua so lagi senang kalau kita online shopping je. Sampai dah kerja ni pon, still suka online shopping. Bukan apa, malas nak keluar rumah actually, tambah pulak zaman sekarang semua benda ada dijual online. hiks

Biasanya lepas shopping mesti rasa menyesal sebab tengok duit dalam account T_T. Tapi masuk bulan baru, bila duit belanja/gaji dah masuk mulalah tabiat lama tak insaf-insaf lagi! ish ish ish *bukan kak leha*

So sekarang ni kak leha dah jumpa solution macam mana nak shopping tapi dalam masa yang sama still boleh berjimat!

Nama pon shopping, jimat apa nya?

Eh, adalah caranya. Kak Leha nak cerita la nih. Bawak bersabar ya.

Ok sambung baca entri ni sampai habis.

Pernah dengar tak Shopback? Shopback nih actually one stop center untuk pembelian secara online. Hampir 500+ stores bekerjasama dengan Shopback untuk memberi lebih ganjaran kepada pengguna. Apabila kita buat pembelian dengan Shopback, mereka akan beri kembali sebahagian dari pembelian kita sebagai cashback!





* antara popular stores yang bekerjasama dengan Shopback * 


Shopback ni bukan sahaja ada di Malaysia malah di Singapore, Philippines, Indonesia, Taiwan & India pon ada. So Shopback ni memang website yang terkenal dalam kalangan pengguna yang mahukan penjimatan berbaloi-baloi! 




Masih tak percaya? tengok kak leha punya account dekat atas tuh. Kak Leha start menggunakan Shopback awal bulan September, tak sampai sebulan kak leha dah boleh dapat RM13.40 cashback. Nampak tak semua dari store Lazada dekat situ? Sebabnya kak leha testing sebulan nih topup & bayar bill phone menggunakan Shopback, ternyata memang real lah website ni tak tipu! 

Biasanya cashback yang kita dapat tak boleh lah terus di-redeem. Nampak kan dekat kotak tepi tuh Redeemable in ___ days. So after store yang kita beli dah sahkan pembelian (in my case Lazada), barulah cash tersebut boleh di-redeem. Biasanya store akan ambil masa dalam 30-60 hari untuk pastikan tiada order yang cancel / dipulangkan / ditukar. 

Once cashback dah cukup RM10 dekat redeemable, kita dah boleh cash out. yeyyy! 

So kalau korang nak untung macam kak leha & pengguna yang lain, bolehlah pergi ke website SHOPBACK atau terus je mendaftar Di Sini. Lepastu bolehlah shopping tanpa rasa bersalah lagi! ihiks

Nak untung berbaloi-baloi? ingat SHOPBACK ingat Kak Leha *eh* 

Ingat SHOPBACK ingat CASHBACK

Kalau ada pertanyaan, bolehlah komen dekat kotak di bawah ya. InsyAllah yang kak leha tau, kak leha jawab.

bye! 





19 August 2016

Kek Lapis Sarawak sedap tak tipu!

Assalamualaikum & Hi!

Aku bukanlah seorang penggemar kek. Tak pernah lagi so far bila teringin nak makan apa-apa, kek termasuk dalam list teringin tuh. tak pernah tak pernah.

Suatu hari nih, kawan aku bagi tester kek lapis sarawak yang dia buat sendiri. Original recipe special dari pakcik dia yang memang famous dengan perniagaan kek lapis di Sarawak. Benda free aku memang tak tolak. ihiks ^_^

suapan pertama, not bad..
suapan kedua, sedap nih..
suapan ketiga, marvelous! 

Aku takde buat iklan berbayar pon, ini ikhlas dari hati aku promote sebab memang sedap. Ramai kawan-kawan aku yang dah repeat order. Yang beli untuk stok raya ni pon ramai! aku pon dah nambelas kali repeat order! Flavor favorite aku Red Velvet and Choc Almond. Bila kunyah rasa moisttt sangat. 

Eh, susah lah nak cerita kesedapan dia. Kalau nak tau, kena beli & rasa! Rasa sekali pasti nak repeat order. Setiap pembelian kek lapis sarawak ni juga, korang menyumbang untuk tabung dana sekolah tahfiz yang diusahakan sendiri oleh keluarga kawan aku nih di Sarawak. Sambil membeli, sambil mengumpul saham akhirat. 

Harga cuma RM15 sahaja! Aku sendiri pergi tengok tempat pembuatan kek lapis sarawak ni di Bangi, iaitu di rumah kawan aku sendirilah. Kebersihan dia InsyAllah terjamin. Memang peralatan memasak, oven semuanya di bawa terbang dari Sarawak.






















Untuk yang berminat, jangan malu-malu. Boleh terus PM kawan aku direct. Sebab dia lah tukang buat kek, dialah tukang packaging, dia lah jugak tukang hantar!

untuk pembelian kek 5 biji keatas, pengeposan disediakan. untuk yang nak COD pon boleh, tapi area Bangi & Putrajaya sahaja.

Fb : Nurul Natasha
Instagram : Didi Kek Lapis Sarawak







02 August 2016

raya with family vs raya with friends

Assalamualaikum and Hi :)

Dah masuk penghujung syawal pon kita. Berapa banyak open house you guys pergi?
Me? Zero open house. hahha!
Bukan setakat open house, rumah kawan-kawan pon tak pergi langsung tahun ni. Sorry guys, bukan menyombong tapii takde kesempatan.

Untuk aku yang family just balik sekali / 2kali je setahun, of course aku lebih prefer untuk lebihkan masa dengan family. That's why lah bila kawan-kawan ajak pergi beraya, jarang sangat dapat pergi. Selalunya, bila family aku balik Malaysia mesti jadual diorang dah pack dengan macam-macam plan. Ye lah, diorang balik cuti pon bukannya lama.

Bila dah duduk berjauhan selama bertahun-tahun, still nak ikut parents pergi mana-mana. Mengada kan! Selagi tak kahwin macam tuh la agaknya perangai. hahha. Nanti dah kahwin nak kena ikut husband plak :'D

Seronok tengok kawan-kawan yang pergi open house sana sini, pergi beraya rumah sahabat handai yang dah lama tak berjumpa. ye lah, makin dewasa ni makin busy dengan kerjaya masing-masing.

Saja nak tempek few pictures dekat sini. Tak lengkap la takde gambar raya kan. ihiks!



Pagi 1 syawal 


send them to the airport before going back to Saudi :'(


selamat hari raya! 
#rayakansebulan







26 July 2016

RM0 airfare to Ho Chi Minh! korang tak nak ke?

Assalamualaikum and hi :)

Salam 22 Syawal! Masih mood raya lagi nih, raya kan sebulan. hehehe

Hari ni rasa macam malas nak keluar lunch. Then, tengah free ni dok scroll la social media nih ambik tau sikit isu-isu semasa. Lepas tu ternampak iklan nih : 



Wahhhh! ini tak boleh dibiarkan. Memikirkan diri sendiri yang lama dah tak pergi travel, bila ada offer macam nih takkan tak nak grab kan kan! 

Ada 100,000 tickets yang available! banyak tuhhh. Booking time starts 27/7/2016-29/7/2016 and Travel Period start on : 01/08/2016 - 31/12/2016 (excluding public holidays) 

Ada masa 3 hari untuk fikir. So siapa yang tak nak rugi, baik jangan fikir lama-lama, grab terus! Nanti tickets habis jangan cakap ahkak tak payung naaa! 





23 June 2016

My Second Graduation Day!


Assalamualaikum & Hi.


Setahun yang lalu sempat la merasa jadi penganggur kejap. kejap tak kejap, hampir 4-5 bulan jugaklah. Waktu tu syok gak arr mereput dekat rumah, tengok tv, makan membesarkan badan, berjalan bagai. At the same time, poket semakin berlubang & mulalah rasa panas punggung bila tengok kawan-kawan yang lain dah kerja & ada income sendiri.

Bukan tak cari kerja, mungkin belum rezeki aku. Aku pergi interview, aku pergi karnival kerjaya tapi takde satu pon yang lekat. Dekat Jobstreet saja tok sah cerita, beratus application aku agaknya. Sampai bila ada orang call panggil interview, aku tak ingat dah yang aku pernah apply kerja tuh *sigh*

Ada satu hari tuh, aku tengah drive teman mak aku pergi beli barang dapur. And then dapat phone call, aku tak angkat sebab tengah drive. Aku ni ikut peraturan jalan raya okay! Then orang tu call lagi, call lagi and aku pon angkat.

Lepas bagi salam, dengan lajunya dia cakap sekali nafas "Cik pernah apply program Ekuinas Portfolio Company Graduate Trainee Program (EPCGTP) kan? Tahniah, cik berjaya terpilih dan sila datang ke Assessment Day pada sekian sekian haribulan di sekian sekian tempat. Saya nak confirmkan kehadiran, cik boleh datang tak?"

Aku sempat la bermonolog dalaman sekejap, benda apa dia cakap laju sangat ni. Aku tak sempat nak hadam pon program apa yang dia cakap tu sambil otak tengah dok proses, aku ada mohon ke? hahha

Then aku cakap dekat dia, "Ok. saya dah berhenti tepi jalan, tadi saya tengah drive. Boleh ulang balik tak? Laju sangat cik cakap tadi, program apa ya?"

Then the story begins....

This is definitely one decision that I never regret to joined. The experiences, the people you met along the way and the friends you got, all worth it! I am proud to be one of the EPCGTP products.

ohh yaa, EPCGTP is now called as ILTIZAM PDP!

Welcome on board new juniors :D




after the ceremony 


abam Remy Ishak pon ada! 


kasi lah chann! 



Alhamdulillah, I did it till the end. Thank you Ekuinas & CSR Team. Thank you for this great opportunity. 


EPCGTP / ILTIZAM PDP BATCH 2015-2016


20 June 2016

Rezeki Ramadhan

Assalamualaikum & Hi!

Kelip-kelip mata tengok calendar, dah masuk 16 Ramadhan 1437 dah hari ni. Sekejapnya masa berlalu meninggalkan kita.

Lagu raya pon dah semakin rancak berkumandang, tak sabar nak balik kampung ooii!
Persiapan baju raya pon dah 75% settle. hiks

Alhamdulillah, dalam bulan Ramadhan ni jugak dah bertukar status daripada trainee ke permanent staff. Bukan daripada single to i'm married ye. ehem

Bersyukurlah sentiasa dengan rezeki yang kita ada pada hari ini. Ibu selalu pesan, "Jangan membandingkan diri dengan orang yang di atas kita, tapi bandingkan diri dengan orang di bawah kita".

Kalau kita rasa susah, ada lagi yang lebih susah.

Bulan puasa nih agak relax sikit, kerja pon tak berapa banyak sangat dekat office. Aku anggap ni rezeki jugaklah! cukup time, datang awal boleh balik awal prepare makanan berbuka apa-apa yang patut.

ohh ya, tahun ni puasa aku agak meriah berbanding tahun lepas. Kalau puasa tahun lepas sorang-sorang je dekat rumah sewa, sekarang dah ramai. Boleh bersahur & berbuka sama-sama. See, rezeki jugak kan! Walaupon keluarga jauh di perantauan, bersyukur kita masih ada keluarga kecil iaitu rakan-rakan ;)

Housemates

Uni-mates 




This Content Of This Blog Belongs To : Fatin Solihah