11 March 2013

mandi malam. baik atau tidak ?

assalamualaikum.

lama blog terbiar. busy ditambah dengan idea yang kosong. makanya blog dibiarkan sepi.

kali nih aku nak kongsikan tentang kebaikan mandi pada waktu malam. orang selalu cakap, mandi waktu malam nih kurang elok untuk kesihatan. ada juga pendapat menyatakan mandi waktu malam akan mendatangkan penyakit.

tak ramai yang tahu, masih ada manfaat yang kita akan dapat jika mandi pada waktu malam. antaranya ialah :


# segar dan santai
setelah penat seharian dengan urusan di pejabat atau universiti-kelas-kolej dan sebagainya, tentu sekali badan kita ingin disirami air yang sejuk. *kalau dapat berendam tu rasa macam heaven sangat kan*. jadi, mandi selepas pulang dari melakukan aktiviti di siang hari akan membuatkan badan kita lebih segar dan berasa lebih santai. kita juga akan dapat tidur yang lebih nyenyak.

# masa lebih lama
waktu pagi adalah masa yang agak singkat. waktu pagi memang kita mandi pon express sangat kan sebabnya masa tu la nak bersiap nak pegi kerja,nak buat sarapan, yang nak pegi kelas pukul 8 pukul 7.30 baru terhegeh-hegeh nak bangun mandi *ehem* so takde maknanya lah nak mandi bershampoo- shampoo bagai pagi-pagi hari kan. jadi, waktu malam lah kita ada masa yang panjang untuk bersihkan badan secara mendalam. masa nih nak berendam tidur terus dalam tuh pon takpe -_-''. hasilnya, badan akan jadi lebih bersih.

# turunkan tekanan darah
mandi waktu malam dapat mempengaruhi tekanan darah kita. lebih-lebih lagi mandi dengan air suam. selain itu, dapat juga mengelakkan kita daripada tekanan kerja-kerja seharian.

# meregangkan otot
selepas seharian melakukan aktiviti, sesetengah otot agak tegang. oleh itu, mandi selepas pulang dari pejabat/aktiviti dapat membantu mengendurkan otot-otot yang tegang dan badan terasa lebih ringan.

# fikiran lebih tenang
biasanya, mandi pada waktu pagi akan menyebabkan kita stress sebab nak kejar masa. tetapi kalau kita mandi pada waktu malam kita tak payah nak fikir-fikir banyak dan boleh mandi dengan tenang.

sumber : majalah rapi


ini jewlah yang aku dapat kongsikan kali nih. aku pon termasuk la jugak dalam kategori suka mandi malam. bagi aku, mandi waktu malam terasa lebih segar. tapi takda lah aku nak pegi mandi tengah-tengah malam pulak kan.kang tetiba bukak pintu ada orang tunggu kang,mau pitam aku kat situ. lepas nih, boleh la aku bidas kawan-kawan aku yang suka membebel kat aku sebab suka mandi malam. siapa kata mandi malam tak bagus! ada jugak baiknya tauu. ihik ;)

which one korang prefer? mandi malam or petang ?

see again :)


menarik : Friendships are worth a lot more than you think!








9 comments:

nini said...

kalau nak mandi malam kena mandi dari bawah ke atas...means start dari kaki...=D

Cik Fatin said...

nini : oh,yeke? knp eh? xpernah dengar.hee :)

pinky_liscious said...

salunya dgr mandi mlm x elok..

Cik Fatin said...

pinky_liscious : yup.tapi still ada kebaikannya jugak :)

Anonymous said...

You've made some good points there. I looked on the internet to find out more about the issue and found most people will go along with your views on this web site.

Also visit my site :: Chemietoilette

Anonymous said...

Wow that was unusuаl. I juѕt
wrote an really long comment but after I clіckеd submіt
my comment didn't appear. Grrrr... well I'm nοt
wгitіng all thаt ovеr again.
Regаrԁless, just wanted tо say fantаstiс blοg!


Check out my blοg: dustin0bail.weddingwindow.com

Anna said...

Mandi mlm mmpuanyai jauh lebih bnyak kebaikn dr keburukan.. paru paru brair?? rmai org salah sangka pnyakit trsebut dtg drpda tabiat mandi mlm.. tp sebenrnya ia nya sikit pun x de kne mngena dgn tabiat mndi mlm.. mndi pd wktu mlm boleh mnghilang kn stress, boleh mngelak pnyakit insomnia, mengendurkn urat urat yg tengang.. dan mcm mcm lagi.. kita x boleh trlalu trikat dgn kata kata org tua yg mngatakn "jgn mndi mlm, nnti kena pnyakit paru paru brair"..

Cik Fatin said...

yup.betul tuh Anasuha Suhairi :)

Fir said...

Mandi malam pd pndangam sy amat baik untuk kesegaran pd diri kita slepas penat seharian bkerja. Apakah kita sanggup tdo dlm keadaan penat dan berpeluh hanya kerana kita takut untuk mandi malam? Paru berair sebenarnya bukanlah d sebab kan mandi malam. Tp ia dtg ketika kita berada d luar sehingga lewat malam di mana ketika embun ia masuk melalui pernafasan kita ke paru-paru. Harus faham bagaimana paru-paru berair blh berlaku. Mandi pd waktu malam amat menyegarkan dan nyaman selain ia dpt mngurang stress setelah penat seharian bkerja.

This Content Of This Blog Belongs To : Fatin Solihah