28 February 2012

today is my day :)



5 simple rules to be happy :

1) free your heart from hatred
2) free your mind from worries
3) live simply
4) give more
5) expect less


alhamdulillah.dah semakin membesar aku nih.dah ada angka 2 dekat depan and takde lagi dah umur belasan tahun.sem0ga semakin meningkatnya umur,meningkat jugak amalan-amalan yang lain.thanks untuk kawan-kawan aku yang ada wish yea :)

i wanna be remembered as the girl who always smile.the one who could always brighten your day.even if she couldn't brighten her own 


happy birthday to me :)

27 February 2012

the secret of success in your room !




the roof said - aim high


the fan said - be cool

the window said - take pains

the clock said - every minute is precious 

the mirror said - reflect before you act

the calender said - be up to date

the door said - push

and the lamp said - light the way for your future



success is everywhere right :)

24 February 2012

life is beautiful.



senyumlah andai dirimu dilukai
senyumlah andai dirimu dilupai
senyumlah andai dirimu dikhianati
senyumlah andai dirimu ditindasi
senyumlah andai dirimu dibebani
senyumlah andai dirimu disakiti


senyum itu tanda kekuatan diri.biar sakit di hati.tetapi jangan kita tunjukkan kelemahan diri.selagi mampu senyum,senyumlah wahai hati :)

22 February 2012

sebelum tido kita update belog kesayangan dulu ok :)

eh,tup tup dah sampai uum lah.huh.haruslah melepaskan satu keluhan walaupon mengeluh itu tak baik yep kawan-kawan ( -.- " )

waaaaa..saya nak duduk rumah sambil golek-golek online tengok tv lagi..cuti tak cukup ! haish.dah dapat cuti pon kire ok la ye dok.maka bermulalah episod menjadi seorang pelajar yang busy.harus diingatkan sekali lagi,menuntut ilmu adalah jihad yep kawan-kawan :)

kelas dah start,aku pulak sampai lewat.hahhha.sesuka hati jew balik lambat tapi ada aku kisah,bukan sengaja pon.ada la sebab musabab yang munasah.hee3.maka lepas nih aku akan cuba untuk tidak ponteng kelas dengan sengaja demi mencapai cita-cita untuk menjadi pelajar dekan ! ehem.sila doakan saya yew.

ok lah.esok kelas 8 pagi.almaklumlah dah terbiasa bangun lewat dekat umah,haruslah malam nih tido awal demi untuk bangun awal esok pagi.gud night semua :)

20 February 2012

petang hari yang tak indah




yyuuuuhhuuu !! aku dah sampai malaysia semalam.klia-kl sentral-ipoh.huh.penat weyh ! 

disebabkan broadband nih tengah laju maka aku pon menaip lah sepatah dua dekat sini sebab aku dah nampak dah sikit sarang labah-labah dok hinggap kat belog aku nih.almaklumlah lama tak berupdate ye dok.kang kalau datang angin siba broadband nih langsung tak boleh update dah apatah lagi nak ber BW.ehem.

sejak balik nih aku tak rasa seronok la pulak.selalunya bila dah balik aku akan rasa seronok tapi kali nih first time aku rasa tak nak balik.aku dah suka duduk sana.sob3 :'(

maka aku ambil keputusan untuk balik sana tiap kali cuti.tak peduli dah orang lain nak berjalan kesana-kesini.aku nak balik sana jugak ! wawawaa ~

begitulah yew,bila kita ikhlaskan hati.kita akan rasa seronok.tapi bila kita buat sesuatu dalam keterpaksaan maka kau akan rasa kau lah manusia paling malang sekali dekat dunia.maka ikhlaskanlah hati dalam berbuat sesuatu.insyAllah kau akan rasa lebih tenang.

maka tamatlah sudah entri pendek di petang hari.ehem.


09 February 2012

alamak,esok-esoklah aku letak tajuk ok !





nih yang gua rasa nak marah nih.result gua keluar 9hb tapi nih da masuk 10hb nih.malaysia dah pukul 7 pagi and gua dekat sini dah pukul 2 pagi.gua yang masih setia menunggu nih pon lama-lama rasa berasap jugak nak masuk portal check result tak lepas-lepas.haish.sabar-sabar.ini boleh menimbulkan kemarahan nih.ggrrr !

ok.tadi ada makan-makan sikit dengan membe-membe malaysia dekat sini.gua dah kenyang sate nih.balik ingatkan dah boleh check result dengan perasaan cuaknya.sekali hampeh.maka sekali lagi gua nak cakap,gggrr !


disebabkan gua tengah panas hati,apa kata korang tolong gua pilih antara Louis Koo or Daniel Wu? apa? korang tak tahu ? takpe.korang klik dulu.then koranglah apa yang ada dekat situ okeh ;)



p/s 1 : ok.back to normal.pelik meh cakap ber-gua-gua nih.ok ok.aku tak pernah cakap guna gua-gua nih.saja plak arini.he3.btw,aku bukan gangster maaa ~

p/s 2 : aku da ngantok.malas nak tengok result dah.nite :)

07 February 2012

Shidasyakirin Giveaway

awwww.sweetnya amir dengan zara vanila cekelat tuh.hehehe 

cis ! mula entri jew dah mula nak berangan lepas semua dok post status sweet pasal drama vanila coklat tadi.lepas nih konfem semua serbu cameron highland.kan ? hahhha.


macam biasalah.walaupon tak duduk malaysia,sape kate tak boleh tengok tv malaysia ye dok ? kan ada asyik.TV :)

kejap lagi aku nak pergi keluar makan.baru cadang taknak makan malam nih ( alasan = = '),tiba-tiba ade pulok orang ajak makan luar,maka haruslah ikut ! keh3

alamak,terpanjang pulak pendahuluan.sorry yep.sebenarnya aku nak join GA nih.tapi taip entri melalut ke laut pulok ! he3








macam biasalah.nak join klik je kat sini :)

05 February 2012

Contest I Love Being Awesome



sebelum nak tido nih aku nak join satu contest.yeah,disebabkan contest nih awesome and aku pon awesome maka marilah semua orang-orang yang awesome untuk join contest nih bersama-sama yep.erk -______- failed bm aku nih ! ok ok.abaikan segala kesalahan tatabahasa di atas yep ( kalau ada lah,keh3)




belog penganjur dekat sini


walaupun aku tau aku bukanlah seorang yang cukup bertuah sepanjang join GA or contest,tapi aku haraplah kali nih aku bertuah sebab aku kan awesome ! hahhhaa.tarikh tutup adalah pada 29 feb 2012 iaitu sehari selepas birthday aku ( perlu ke cakap = =' )


ok done.hope menang !



jenama melambangkan gaya ?




beberapa hari lepas,aku ada ikut kawan-kawan mak aku pergi shopping handbag dekat jeddah.tapi aku dengan mak aku just ikut jewla kebetulan masa tu memang dah dekat jeddah baru lepas pegi consulate open day 2012 untuk orang-orang malaysia.so alang-alang kan ikut jewla.

then sampai dekat satu shopping mall nih.tak silap aku nama dia Rubaiyat mall.then kat situ adalah segala jenama handbag yang femes-femes amos tuh.

masuk-masuk jew kedai hanya mampu terpegun.yeah,kawan-kawan mak aku memang datang nak beli handbag tapi kitorang just nak tengok-tengok jew.hehehe..mana taknya,bila tanya harga satu handbag pon dah SR 5000 ++.even purse pon harga dah SR 1000 ++.ohh,yang nih jenama LV.tak ke nak pengsan aku yang mendengar.

then family aku keluar dari kedai LV masuk kedai lain plak.pastu tak sempat tanya harga lagi terdengar ada cashier  yang tengah melayan pembeli nak bayar handbag .total dia SR 3000 ++.fuuhh ! aku cakap,diorang nih memang dasar orang kayo-rayo ! beli barang beribu-ribu macam sehengget dua hengget ..

aku pon terfikir,perlu ke beli barang-barang yang mahal macam nih ? tak membazir ke ? sedangkan design handbag dia biasa jew aku tengok.maybe la kot material dia dari bahan yang original tapi aku tetap rasa itu sangat-sangat tak berbaloi.aku boleh dapat handbag dari design yang lagi lawa dengan harga yang berganda-ganda lagi murah.tak kisahlah cap ayam sekalipon.but,OK whatt !! hahhaa.

yeah,aku rasa harga dia mahal sebab JENAMA je pon.sebab tu aku rasa sangat-sangat tak berbaloi beli mahal-mahal.sama je macam kau beli jenama bukan kau tengok pada barang dia.

aku rasa lebih baik aku beli barang yang murah.buat apa nak beli yang mahal-mahal just sebab jenama jew.yang murah banyak apa design yang lawa-lawa.keh3.

dan golongan yang kayo-rayo nih haruslah kan nak pakai segala jenama LV GUCCI and lain-lain tuh.bagi aku biarlah cap ayam,asalkan aku puas hati.dari beli barang yang harga ribu-riban,banyak lagi benda lain yang aku boleh borong.

so,adakah dengan menggunakan barang yang berjenama akan menyerlahkan gaya atau personaliti anda ?

fikir-fikir kan lah dan jadilah pengguna yang bijak :)


# nih just opinion aku jew.lain orang lain pendapat kan.harap takde yang terasa hati yep.jomlah kongsi apa kata korang plak :)





03 February 2012

sebab malas,maka terhasillah entri gabungan macam nih.

rabu 1/2/2012

kelas bahasa arab.bila dah mak bapak budak masuk kelas,kelakar gila kot ! dok main main jep.siap ada makan makan tuh.hahhha.bila kena soal,terabur semua tak hafal.

btw,ustaz dia encem seyh ! muda lagi kot.student ummul qura mekah.baru umur 20 lebih jew baya-baya aku.tapi dah kahwin anak 2.anak dia comel.heee3 :)

yang lagi kelakar,ustaz nih memang suka makan ! bila dia dapat makan tuh...hamb0i,punya khusyuk dia.aritu ada keropok lekor orang malaysia bawakkan.dia makan sampai mangkuk kosong ! belum kira pizza lagi.hahhaa.aku tengok dia main dengan anak dia dah macam abang main dengan adik.keh3




khamis 2/2/2012  - consulate open day 2012


ini gamba pinjam dari pakcik google


ramai jugaklah orang malaysia kat sini.tapi major tak kenallah sebab ramai duduk dekat jeddah.ada jualan makanan malaysia,batik painting,jual handbag baju,permainan rakyat and lain2.yang paling dapat sambutan gerai makanan lah! petang jew orang semua dah serbu makanan sebab takut habis.borong semua ! hahhaa.

gamba pakcik google jugak


and at last dapat jugak rasa benda alah macaroon nih.10 biji sr20.aku rasa biasa jew.manis gila kot.tak tau lah apa benda yang femes sangat.maybe sebab kecomelannya kot.keh3

eh,ustaz tu pon ada jugak.dari petang ke malam makan jew aku tengok tak berhenti-henti ! hahhha.next kelas jumpa lagi yew ustaz ;)

01 February 2012

entri malam.




salam.ramai yang dah tido ke ? okkaayy..aku tau takde orang pong yang jenguk blog picisan macam aku nih.hehh.takpelah.aku memang suka cakap sorang-sorang nih.hee3

hari nie kita nak cakap tentang 11 orang yang mendapat doa malaikat ye anak-anak murid sekalian.ehhh = = '

1) orang yang tidur dalam keadaan bersuci
2) orang yang sedang duduk menunggu waktu solat
3) orang yang berada di saf depan solat berjemaah
4) orang yang menyambung saf pada solat berjemaah
5) Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah

6)  Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat

7) Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah

8) Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan
9) Orang yang membelanjakan harta (infak)

10) Orang yang sedang makan sahur

11) Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit



ok.amalkan perkara di atas.insyAllah korang akan dapat :)


kalau nak lagi pahala,kita kena lah saling bantu-membantu ye dok.jadi sebelum tuh korang tolong la aku dengan klik dekat sini 20 sen sorang.hee3.

tu pon kalau korang nak pahala lebih la.aku tau korang semua baik hati kan.terima kasih.hee3 :)



This Content Of This Blog Belongs To : Fatin Solihah