14 August 2011

K S A ( kingdom saudi arabia ) PART 2

Photobucket


hari nie aku nak cerita sikit pasal tempat nih.oh yea,aku duduk dekat Ruseifah.kalau tak tau sila la gunakan google maps ok.hahhaa.takpelah,nak senang cerita,dekat Mekah lah.aku malas nak cerita panjang panjang,so aku listkan jewlah ok ;)

# kawasan kejiranan
ok.ini yang paling ketaralah aku nampak sebab aku duduk dalam kawasan yang dikira taman perumahan lah macam dekat malaysia.tapi orang sini takde sifat kejiranan lah kot.tengok jewlah rumah diorang semua mesti bertembok.memang kau takkan nampaklah rumah sebelah apatah lagi nak usha anak tuan rumah sebelah yang hensem hensem.hahha.

yang aku maksudkan dekat sini ialah,bila dekat malaysia kau akan nampak bila petang petang makcik pakcik,laki bini,opah atuk,kapel mapel,bebudak laki pempuan akan keluar pergi bergosip,bersembang,tanya khabar paling paling pon dengan jiran sebelah.mesti ade punye lah kan.kalau takde jiran pon,pegilah menepek dekat rumah orang lain.yeah,ini kita panggil mengeratkan silaturrahim.kalau dekat sini,memang kau takkan nampaklah.harap maklum.kecualilah jiran kau tuh orang malaysia,then yes.adalah kau geng nak menyembang.macam dekat rumah aku nih,memang takdelah orang malaysia.

orang rumah bawah aku nih pon baru sekali jew aku nampak.yang perempuanlah sebab laki dia bukak kedai kat bawah so dah sah sah la tiap kali turun bawah aku nampak kan.tapi bini dia,memang invisible.hahha.

# kerenah di jalan raya
kau pernah nampak dekat jalanraya tiba tiba ada kereta yang mengundur sesuka hati ? kau pernah nampak jalan yang ada 3-4 link tiba tiba jadi 6 link (bukan jalan jem) ? kau pernah nampak budak budak bawah umur bawak kereta tengah jalanraya slamber dekkk jew macam dia tu pemandu profesional ?well,dekat sini adeww okay ! kah3

bila kereta banyak tambah tambah pulak khamis malam jumaat sebab esoknya diorang tak keje,memang jem la jawabnye..ko boleh tengok setiap jalan,lorong yang kecik yang besar semua penuh dengan kereta.aku rasa lagi dahsyat dari jem dekat KL or jalan jem lepas balik cuti perayaan.

bila dekat traffic light pulak,dah la jem.pastu kereta pulak semua automatik akan merapatkan saf.macam mane ? memang rapat gila jarak kereta dengan kereta.ko bukak tingkap nampak muka face to face.memang dekat gila.aku yang tengok pon seram.bergesel gesel antara kereta adalah perkara normal dekat sini.kau takkan nampak kereta yang takde calar balar kemek tercabut sane sini dekat sini.

#drive thru
eh,bukan setakat mcd jew nak ade drive thru okkaayy..kat sini ada atm machine drive thru ! malaysia ada ? takde kan.hahhaa.kalau lah dekat malaysia ada aku rase memang takkan lama punyelah sebab dah kena rompak dulu.keh3


eh,aku rase macam dah panjang pulak.aku sambung nanti okeh.aku nak pegi sambung blogwalking dulu.kalau nak tengok PART 1 punye picit sini ok :)

p/s 1 : aku dah dengar lagu raya dekat radio..ohh..sabar2,aku nak balik dah nih.

ooo00..balik kampung.00oo0oo..balik kampung ~

see you !







5 comments:

ADIE said...

u should put on pictures ! haha nak gak tengok.

Cik Fatin said...

hahhaa.tengoklah nanti ;)

Faiz Ismail said...

ntah,,cerita nak gempak,gambar takde,hahaha

Cik Fatin said...

wekkk :P

fatin syahirah :) said...

kereta kemek kemek ? dahsat O.O

This Content Of This Blog Belongs To : Fatin Solihah