05 November 2013

PERHATIAN : senarai pemenang GA terkini!

assalamualaikum.

disebabkan ada pemenang yang tak hantar detail sampai 12 tengah malam semalam, so aku terpaksa cabut undi baru lah untuk pemenang baru.yehuuuuu. barulah adil kan. so yang sebelum ni tak naik nama tuh, manalah tau mungkin kali nih ada rezeki korang kan. hik3 :)



pen (from korea) 

---> 30

topup rm5x2 

---> 6

---> 3


okay. untuk pemenang yang baru nih, korang kena send detail sebelum pukul 12 tengah malam arini 6/11/2013 okay. aku terpaksa bagi masa sehari je sebab aku nak balik u dah nih,kang takot tak sempat pos pulak.

ok guys. see you soon :) 











04 November 2013

SALAM MAAL HIJRAH 1435

assalamualaikum.

alhamdulillah. dah masuk tahun baru hijriah kita harini.
untuk sebuah hijrah,kita memerlukan pengorbanan. insyAllah semoga kita terus istiqamah untuk terus mengejar redha Allah.

" kita memang akan sakit pada permulaan HIJRAH tetapi apabila perubahan itu lillahita'ala insyAllah kita berusaha untuk menjaga ISTIQAMAH " 




p/s ---> berita baik untuk hari ni : aku dah dapat pangkat baru weyhh. da jadi mak saudara. sepupu da selamat melahirkan baby perempuan yang tomey tomey dekat korea nuhh..


** pemenang GA yang still belum bagi detail tuh, sila berbuat demikian sebelum 12 tengah malam esok. kalau tak aku terpaksa cabut undi dan bagi hadiah dekat peserta lain pulak. setakat ni baru sorang yang melapor diri dekat aku.



02 November 2013

PENGUMUMAN : pemenang GA

assalamualaikum.

seperti yang dijanjikan, arini aku akan umumkan pemenang GA yeyyyy!

bismillahirrahmanirrahim ~

THE WINNER GOESSSS TO :



*drum rolls*

1) ball pen and keychain (from korea)
    -----> 16


2) pen (from korea)

    -----> 21


3) magnetic memo holder (from korea)

    -----> 11


4) perfume (from saudi)

    -----> 9


5) topup rm5x2 

    -----> 2
    -----> 28


6) topup rm5 (hadiah tambahan) 

    -----> 29 


yeayyyy! tahniah buat para pemenang. so sila pm aku dekat emel : fatinsolihah_92@yahoo.com dengan subjek pemenang GA. hantar detail-detail korang untuk aktiviti pengeposan hadiah. dan untuk yang menang hadiah topup, boleh send no tel dekat emel jugak ok.

sila alert ok! aku bagi masa selewat-lewatnya hari selasa 5/11/2013 12 tengah malam. kalau takde yang lapor diri, aku akan cabut undi lain ok.

:)

31 October 2013

pengumuman : GA tamat

assalamualaikum.

yeyyyyy! finally it's friday! friday means holiday. punya la penat aku minggu nih dengan asignment and exam yang berderet-deret.

so,dengan lafaz bismillah aku umumkan penamatan GA pada malam ini. ihik *bling bling*

seramai 37 orang yang dah join. thanksss korangg. heee. ohh yaaa. lupa plak nak bagitau. aku nak mempercepatkan tarikh pernikahan  pengumuman pemenang kepada 2 november 2013. mesti korang tak sabar kan kan kan. heee.

soo,nantikan 2 november nih okkay ;)

daaaa ~





27 October 2013

short update and info about GA :)



assalamualaikum.

a really really really short update!
sekarang ni sibuk sangat-sangat sampai nak blog-walking pon takda masa. mengejar asignment yang dah nak sampai date line, dengan mid sem exam lagi. fiuhh fiuhh. tak cukup tanah nak jejak baq hang!

tapi, aku curi-curi jugak masa sebelum tido or petang-petang macam nih untuk check and singgah satu-satu blog peserta GA.wiwiwiwiwi. setakat ni ade dalam 30 puluh lebih kot peserta. cukup banyak la bagi blog picisan macam aku nih. THANKS BANYAK-BANYAK korang yang joinn.heee

insyAllah,kalau peserta bertambah lagi.aku akan TAMBAH HADIAH. haaa. suka laa tewww!

ada lagi 4 hari sebelum tamat GA. jomlah ajak kawan-kawan join sekali. aku akan umumkan peserta 3 nov insyAllah. and aku akan bagi masa 2 hari supaya pemenang respons and hantar detail. kalau takde dalam masa 2 hari, aku akan buat random pick semula.

so,setakat nih dulu. chow!



14 October 2013

update : senarai peserta GA

assalamualaikum.

GA masih open tau sampai hujung bulan nih. aku da terjah semua blog yang join. ramai jugak yang tersalah post banner GA sebab diorang terpost gambar hadiah pulak. ihik. kat bawah nih senarai peserta GA,kalau ada yang tertinggal tuh boleh komen ok :)


1)   http://hadiahbintangjatuh.blogspot.com/2013/10/my-first-ga-fsr.html
2)   http://chocollyheart.blogspot.com/2013/10/my-first-ga-fsr.html
3)   http://supersagaaaa.blogspot.com/2013/10/my-first-ga-fsr.html
4)   http://sipendekmataempat.blogspot.com/2013/10/my-first-ga-fsr.html
5)   http://rishamelongadis.blogspot.com/2013/10/my-first-ga-fsr.html
6)   http://imaneeda.blogspot.com/2013/10/my-first-ga-fsr.html
7)   http://farah-wahidah-blog.blogspot.com/2013/10/my-first-ga-fsr.html
8)   http://kechik-gile.blogspot.com/2013/10/my-first-ga-fsr.html
9)   http://fuzamusa.blogspot.com/2013/10/my-first-ga-fsr.html
10) http://permatacahayailmu.blogspot.com/2013/10/my-first-ga-fsr.html

11) http://twinkleeestar.blogspot.com/2013/10/my-first-ga-fsr.html
12) http://thesunshinesgirl.blogspot.com/2013/10/my-first-ga-fsr.html
13) http://schomells.blogspot.com/2013/10/my-first-ga-fsr.html
14) http://cxopportunities.blogspot.com/2013/10/my-first-ga-fsr.html
15) http://givingbuster.blogspot.com/2013/10/my-first-ga-fsr.html
16) http://myboyfriendisanarmy.blogspot.com/2013/10/my-first-ga-fsr.html
17) http://farraanuar.blogspot.com/2013/10/my-first-ga-fsr.html
18) http://fazahunhan.blogspot.com/2013/10/my-first-ga-fsr.html
19) http://seudillerq.blogspot.com/2013/10/my-first-ga-fsr.html
20) http://alyamaisarah66.blogspot.com/2013/10/my-first-ga-fsr.html

21) http://mukminsiber.blogspot.com/2013/10/my-first-ga-fsr.html
22) http://hannanabyllah.blogspot.com/2013/10/my-first-ga-fsr.html
23) http://lifeisgreatwithme.blogspot.com/2013/10/my-first-ga-fsr.html
24) http://lienliedot.blogspot.com/2013/10/my-first-ga-fsr.html
25) http://www.sigadismerah.my/2013/10/my-first-ga-fsr.html
26) http://eymasushoppe.blogspot.com/2013/10/my-first-ga-fsr.html
27) http://jueazrin.blogspot.com/2013/10/my-first-ga-fsr_22.html
28) http://watasin.blogspot.com/2013/10/my-first-ga-fsr.html
29) http://bangtanboysplanet.blogspot.com/2013/10/my-first-ga-fsr.html
30) http://www.syuhadasalleh.my/2013/10/my-first-ga-fsr.html

31) http://merahsitulip.blogspot.com/2013/10/my-first-ga-fsr.html
32) http://syueefyoora.blogspot.com/2013/10/my-first-ga-fsr.html
33) http://blogcontestgiveaway.blogspot.com/2013/10/my-first-ga-fsr.html
34) http://www.aienhermionie.my/2013/10/my-first-ga-fsr.html
35) http://artisarainbow.blogspot.com/2013/10/my-first-ga-fsr.html
36) http://loveyoucontest.blogspot.com/2013/10/my-first-ga-fsr.html
37) http://sfhbelog-taip.blogspot.com/2013/10/my-first-ga-fsr.html


12 October 2013

my first GA - fsr

Assalamualaikum and hi :)

** first of all, ini adalah entry sticky post. sila scroll ke bawah untuk entri terkini **



Alhamdulillah. dah lama sebenarnya berhajat nak buat GA but now baru terlaksana. ihik! hadiah adalah disponsor oleh diri sendiri sebab blog picisan macam kita nih manalah nak dapat penaja kan. lagi satu,kite pon macam takde masa nak cari sponsor.hehe

hadiah tak seberapa sangatlah sebab ini GA yang pertama. so terimalah seadanya. hadiah ni dibeli kat korea masa pergi bercuti bulan lepas. insyAllah kalau penyertaan menggalakkan and ada rezeki lebih,hadiah akan ditambah! yeyyyyyyy ! *aku yang excited nih!*

yang paling penting,GA tak akan dibatalkan even penyertaan hanya 2 orang okayy.kite nih tak suka nak tipu-tipu..

maka dengan ini saya merasmikan GA yang pertama oleh diri sendiri =) clap clap clapp! 





hadiah GA :
-- ball pen and keychain (from korea)
-- pen (from korea)
-- magnetic memo holder (from korea)
-- perfume (from saudi)
-- topup rm5x2 


** SYARAT-SYARAT 
1) post 1 entry bertajuk ' my first GA - fsr '
2) letak banner GA ini dalam blog post dan backlink ke sini 
3) follow instagram FDI Collection
4) follow blog ini untuk mengetahui sebarang update tentang GA
5) [ TEKAN SINI - TEKAN SINI  - TEKAN SINI  - TEKAN SINI  - TEKAN SINI  ] --> tunggu sampai habis loading 
6) tinggalkan link entry anda di ruangan komen entry ini

tarikh tamat GA : 31 oct 2013 

3)





13 September 2013

family trip to korea

assalamualaikum and halluuu (:

few weeks before aku dan family pergi holiday dekat korea. kitorang pergi sekejap je from 19 until 26 august. and actually holiday nih aku pon tak sangka dapat pergi.rezeki lah orang kata kan.he3

kitorang start from batu gajah perak naik ETS straight terus pegi KL Sentral and then check in terus dekat kaunter KLIA Ekspres dekat situ. ini adalah service yang sangat fast and furious baq hanggg yang ditawarkan oleh MAS. hantar bag and kitorang lepak-lepak makan kejap and then terus pergi airport naik KLIA Ekspres dengan berlenggang kangkung sebab bag dah pon selamat dihantar tadi kan.


** pause **
pening aku nak pilih gambar terbaik untuk tatapan pengunjung ( even i am not really sure ade ke yang menyinggah sini.he3 )

Seoul Incheon Int. Airport Korea
sempat lagi bergambar dengan pokcik kpop yang bawak jumbo taxi luar airport. kemain peace tuh! ha3

kitorang pergi nih masa summer.so cuaca dia lebih kurang Malaysia jugak.takdo ehh nak berangan salji-salji bagai ^-^



Itaewon street. ini adalah gambar waktu pagi around 7-8 am kot makanya jalan lengang and kedai pon still belum bukak. 

kitorang stay dekat Itaewon and menyewa apartment je sebab ayah aku dia tak berapa suka sangat duduk hotel.ihiik. so far apartment dia memang sangat selesa. rumah besar 3 bilik siap ade jakuzi, mesin basuh and mesin pengering sekali.dapur memasak pon ada! layanan tuan apartment sangat bagus. 5 star aku bagi. ohh ya.wifi pon dia bagi =)


Itaewon street 

bilik aku and adik perempuan

ruang tamu apartment

bilik adik lelaki


ok settle part tempat tinggal. now kita move kepada pusing-pusing bandar. dekat sini disediakan satu bas khas (Seoul tour bus) untuk pelancong yang nak pusing 1 bandar Seoul. ada banyak checkpoint and korang boleh turun dekat mana-mana tempat and lepas tu boleh naik bas ni balik. ohh yaa.bas ni ada banyak so korang boleh berhenti seberapa lama pon yang korang nak. setiap bas akan lalu around 10-15 minutes sekali. so tak payah tercongok lama-lama tunggu bas okay =)


gambar pinjam pokcik google. aku lupa plak nak tangkap gambar bas.ihik.

 for those yang nak fefeeling hirup udara malam boleh la naik bas double decker nih sebab tak silap aku bas ni ada waktu malam je.siang untuk bas yang atas tuh. tapi kalau nak naik yang double decker nih kena tempah cepat-cepat dekat kaunter tiket sebab memang cepat full! (kitorang la tuh yang tak dapat naik sebab dah full.sob sob)

Seoul tour bus hanya akan berhenti kat station yang ada penanda warna merah ni sahaja. alamak.gambar tak rotate. aci la eh korang teleng 2 saat.heee



eh.sambung part 2 plak nanti boleh? boleh laa boleh laa! aku ngantok benarr dah nih..insyAllah ada masa aku update lagi.

thanks singgah sini =)













11 September 2013

hello semester 5 :)

assalamualaikum and halluuuu (:

just a short update today. i am actually dah habis kelas around 12 pm tadi and lepas tu terus lunch. tapiii sampai-sampai je bilik tengok ade orang tengah mengecat pintu lah pulakk..arghhh.terus terkubur hasrat nak tidur kejap before zohor.ehem

nak pegi melepak kat bilik membe tak boleh pulak sebab diorang semua tak balik kelas lagi.so end up,terkandas lah aku sorang-sorang kat lab computer kolej nih haa mengupdate blog.hahha

btw,say hello to SEMESTER 5!

insyAllah,this will be my final year.please pray for me yahh. minggu ni sangat memenatkan! kehulu-kehilir uruskan add drop course. but then, one of my friends said that " kalau nak berjaya,mesti ada dugaan. dan ini adalah ujian dari Tuhan untuk berjaya ".

so yeah, will work more harder for this semester insyAllah.


**aku bercadang nak buat GA.hadiah disponsor oleh aku sendiri.and ada hadiah dari korea jugak.ada ke eh yang nak join? heee





31 August 2013

i am back! but i am sad :'(

assalamualaikum.

fiuhhhhhh.dah nak dekat sebulan kot tak sentuh blog even blogwalking pon langsung tak sempat since family balik malaysia a few days before raya. pergi pick up diorang dekat airport and that was an exciting moment! ye lah. kami berjumpa hanya setahun sekali and itu pon waktu hari raya. can you imagine that? ha3. kalaulah korang faham rasa tuh.

so lepas diorang balik je terus cari barang raya and uruskan macam-macam urusan.seminggu macam tuh balik kampung. and the next week nya pulak pergi holiday dengan family seminggu jugak. and tup tup dah sampai end of the month and family pon kena balik saudi balik.

and today, 31 august semua orang dah balik ke tempat masing-masing. saat aku menaip nih rasanya family aku dah jejak tanah arab kot. and adik aku pulak pergi kulim sebab esok dia dah jadi student university for the first semester. and for me ada dalam seminggu lagi cuti sebelum start sem balik.

terkandas dekat rumah sorang-sorang adalah stress tau sebab when you see anything at home it will reminds you dekat family. ohh well. baru beberapa jam aku dah rindu setengah mati. macam mana nak tunggu sampai tahun depan kan.

btw, aku rindu bergelak ketawa. aku rindu bergaduh dengan adik-adik. aku rindu perasaan malas nak bangun pagi sebab ibu kejut suruh bangun. and now aku bangun pagi tengok semua orang dah takde. so sad.

sentiasalah mendoakan kesejahteraan ibu bapa anda setiap kali selepas solat. kalau rindu boleh kol diorang. aku pulak selalu kacau adik-adik aku kat facebook.ahhhaa. btw, tiada apa pon yang mampu menggantikan kasih sayang yang keluarga berikan dekat kita so hargailah mereka selama mereka masih ada dan kenanglah jasa mereka membesarkan kita.

Happy Independence Day Malaysia :)


24 July 2013

nak cantik jelita di hari raya? ---> FCC Raya Promotion

assalamualaikum dan salam ramadhan :')

Alhamdulillah dah masuk pertengahan ramadhan hari ini. dah 15 hari kita berpuasa maka rebutlah segala kebaikan yang terkandung di dalam bulan ramadhan dan bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk bertemu ramadhan. insyAllah syawal pon bakal menjelma tak lama lagi. so bagi para wanita dekat luar sana yang mahu kelihatan cantik di hari lebaran, jom check it out FCC(Farmasi Colour Cosmetic )sebab FCC tengah buat promosi sekarang nih tau! 




first of all,kena la tau sedikit sebanyak pasal FCC dulu kan. produk FCC nih bukan local brand tau. FCC berasal dari Istanbul, Turki dan telah bertapak selama 5 tahun di Malaysia. brand nih dah memasuki pasaran di 118 negara termasuklah Malaysia. FCC mempunyai 2 sijil Halal dari Turkey MOH Lab dan Artibel.



YES YES YES ! FCC tengah buat promotion menjelang hari raya ini macam gambar dekat atas nih.


promo 1 : FCC Adorn Set

• Look modest this coming Raya with FCC Adorn Set!
• Comprises of FCC NEW and HOT selling items at DISCOUNTED price!
• Here’s MORE!! For every purchase of FCC Adorn Set, get FCC Limited Edition Tote Bag* for FREE.
• PLUS take home FCC Limited Edition Money Packet*.
• We are VERY SURE it’s WORTH every penny spent! Note:
• YOU may choose either one ONLY for item 1, 2 & 3 and YOU have the freedom to choose the color.
• It doesn’t come with any gift box. It’s all loose items.

• *while stocks last

Antara produk yang terdapat dalam FCC Adorn Set ini ialah : 


** CC Cream OR BB Cream
** Advance Styling Mascara OR Starlook Mascara
** Deep Look Eye Dipliner OR Kohl Kajal Pencil
** Rough Lipstick
** Wet Wipes Make Up Remover
** Tender Blush On

PROMO DURATION: 1st JULY 2013 – 11th AUGUST 2013




promo 2 : FCC Duit Raya Fever

-- Turn your dreams into reality with FCC DUIT RAYA FEVER CONTEST!
-- WIN RM 1000 CASH GRAND PRIZE!! or 5 x RM 200 Consolation Prize
-- 3 Easy Steps to WIN!

Step 1  : Send us your Full Name, Contact No., Email, Blog (if any) & FB Name together with your proof of purchase (any kind of receipt) via PM to FCC FB Page: FCC (Farmasi Colour Cosmetics)  or email it to marketing@naturalifesolution.com

Step 2  : Post a product review/testimony/comments/pictorial/video tutorial/etc on FCC product via FCC FB Page ONLY & SHARE your review to your family and friends. The MORE effort to share, the CLOSER you are to WIN!! Make sure you tag FCC FB Page if you make a review in your personal blog.

Step 3   : Don’t forget to LIKE FCC FB Page: FCC (Farmasi Colour Cosmetics)
              & Follow FCC on Instagram : FCC Malaysia

YOU could be the WINNER of the RM 1000 CASH PRIZE!!              


CONTEST DURATION : 1st JULY 2013 – 4th  AUGUST 2013
** Winner will be announced by 12th August 2013.


untuk more details boleh ke :


Website FCC : www.fcc.net.my
Instagram FCC : FCC Malaysia
FCC Fb Fanpage : Fcc Farmasi Colour Cosmetic













13 July 2013

part time job online : cara mudah mendapatkan wang

assalamualaikum.

Alhamdulillah dah masuk hari ke 5 kita berpuasa arini. so,di pagi hari ahad yang sejuk nih dengan gigihnya aku menaip sambil berselubung dalam selimut semata-mata nak share dengan korang cara senang kacang goreng untuk mendapatkan wang.

yang paling penting ia adalah PERCUMA dan tidak perlukan modal barang sesen pon.hanya memerlukan jari korang je bekerja ketungg ketangg taraaaa! duit pon masukk $$$. eh kemonn kemonn la korang,job ni memang senang sangat.in fact,aku ni memang tak suka buat kerja yang susah-susah.buat serabut je nanti.so aku nak tunjuk kat korang job senang-senang je.boleh buat sambil goyang kaki la waa cakap lu! hik3

contoh job?
*like page [fb]
*like gambar [fb]
*share gambar [fb]
*comment gambar [fb]

ok.itu antara contoh kerja yang korang boleh buat dan yang pastinya aku dah buat.ada jugak job yang diberi untuk instagram.lepas korang dah siapkan job,kena hantar proof yang korang dah selesaikan job tu.after employer puas hati then dia akan confirmkan payment korang tuh.btw,payment dalam dollah DOLLAR tau you olsss!


ok.ni antara contoh kerja yang aku dah buat dan payment yang aku dapat.ada yang pending lagi payment tu.

kerja senang tanpa modal,korang jangan la expect buat job nih seminggu da boleh beli Iphone.no no no.maka lebih afdal kalau kita mengamalkan "sikit-sikit lama-lama jadi bukit" ye kawan-kawan,

dok pumm pang pumm pang dari tadi kau nih fatin oii,job apanya yang kau dok bebel dari tadi nih??

haiyaa,lek luuu.sabar tu kan separuh dari iman.aku nak kasi tau la nih.

ini haa dia.AssignJobs namanya.nampak tu setakat ni aku baru sapat $ 6.08.jadilah tu,aku baru je join nih dah dapat banyak tuh.tak boleh cash out lagi sebab kena cukupkan $ 30 dollar.

amacam,berminat tak? untuk yang tengah bercuti sem macam aku nih and tak buat pape-pape kat rumah tu meh lew join.tak rugi pon.sementara korang nak tunggu waktu berbuka tuh,buat job dah dapat duit kan.ihik.

jom join ramai-ramai.tak rugi pon.free je daftar.boleh mendaftar dekat SINI ok.jom bikin wang sama-sama yaaaa :D

selamat berpuasa dan selamat menjadi kaya :)









Giveaway Ramadhan & Hari raya datang lagi. syukur!



insyAllah akan pulang berhari raya di terengganu :)




09 July 2013

welcome Ramadhan

assalamualaikum.

dah selesai sahur semuanya? alhamdulillah..mulakan hari pertama berpuasa ini dengan azam supaya dapat mengutip sebanyak-banyaknya keberkatan yang terkandung di dalam bulan ini.

bagi yang bersahur dengan keluarga,dengan kawan-kawan tadi sila hargai moment anda bersama mereka ya.ramadhan kali ini sedikit hambar buat aku,keluarga aku takde.tinggal aku dengan adik je berdua.bersahurlah kitorang dengan teramatlah sederhana berdua.aku sampai tercengang, "benda apa aku nak masak nih?".hahha.aku tak pernah kot masak sahur.selalunya aku tukang tolong-tolong je kat dapur.

sepanjang 5 tahun aku dekat asrama aku sahur dan berbuka dengan rakan,puasa dekat matrik aku sahur dan berbuka dengan roomate,tahun lepas aku sahur dan berbuka dengan keluarga di tanah haram arab saudi,tahun nih aku sahur dan berbuka berdua je dengan adik aku.

takda rezeki pulak nak terbang balik arab tahun nih.tapi takpa,insyAllah aku masih kuat untuk hadapi ramadhan tahun ini.mungkin rezeki lain pulak Tuhan nak bagi kita tak tahu kan.ihik.

bagi menghilangkan kerinduan dekat rumah,aku tengok je jejak rasul dekat tv tuh.tempat-tempat yang dia pergi adalah tempat-tempat yang dekat dengan rumah aku.maksud aku dekat Makkah.rasa kelakar pulak bila tengok.kau bayangkan macam orang buat penggambaran dekat tempat kau tinggal,rasa excited dia lain macam sikit.ahakk.

apa-apa pon,aku rindu puasa di arab saudi.aku pon dah lama tak balik sana.last adalah bulan ramadhan tahun lepas.nak dekat setahun dah la.insyAllah saudi,kita akan bertemu lagi jika diizinkan :)




salam Ramadhan :')




06 July 2013

Longchamp Giveaway

assalamualaikum.





geng,jom join ramai-ramai.syarat dia mudah lah sangat.petik jari 5 saat selesai. tak rugi pon join,untung-untung menang sapa tahu kan.jom join.klik link atas tu okay :)




02 July 2013

blog aku ke yang bermasalah nih?

assalamualaikum.

aktiviti waktu petang lepas hujan nih kononnya nak berblogwalking. almaklumlah tengah ada masa yang banyak nih. tapi tapi tapiii..nampaknya hasrat aku nih terbantut gara-gara masalah nih :





aku je ke yang hadapi masalah macam nih? blogger bermasalah ke lappy or line aku yang bermasalah? grrrr.nampaknya,aku kena buat kerja lain dulu lah.malam nanti baru aku sambung blogwalking balik.

eh,layan candy crush dulu.chiiawwww :)




28 June 2013

8 Tips LEBATKAN Rambut

Assalamualaikum.

lama tak berupdate. hari ni baru start cuti semester. so,insyAllah aku akan cuba untuk rajin update lepas ni.ihik. aku nak share tips untuk lebatkan rambut. aku pasti ramai yang menghadapi masalah keguguran anak rambut termasuklah aku jugak. benda baik haruslah kongsi sama sama kan 



ﻬஐ Untuk lebatkan rambut anda, anda perlu sentiasa basuh rambut anda supaya ia kekal lembap. Jangan basuh rambut anda dengan air panas. Sebaliknya basuh rambut anda dengan air sejuk.

ﻬஐ Urut kulit kepala anda. Jangan hanya meraba-raba kepala anda. Sebaliknya urut seperti anda urut pada bahagian badan yang lain. Urutan pada bahagian kepala boleh menghasilkan rambut yang lebat dan kuat. Buktinya, ada kedai gunting rambut mamak dan salon mengurut kepala pelanggan mereka untuk lebatkan rambut.

ﻬஐ Untuk lebatkan rambut, anda perlu makan banyak makanan yang mengandungi vitamin A dan vitamin D.

ﻬஐ Makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan. Sayur dan buah mengandungi vitamin B6, zink dan magnesium di mana ia penting untuk memberi kekuatan kepada rambut anda. Rambut anda akan lebat apabila rambut anda kuat.

ﻬஐ Amalkan senaman pada setiap hari atau tiga kali seminggu. Senaman akan kurangkan rasa tekanan dan melancarkan aliran darah di dalam badan. Rambut anda akan lebat apabila anda kurang tekanan atau stress. Aliran darah yang lancar juga membantu rambut anda untuk jadi sihat dan tumbuh lebat.

ﻬஐ kurangkan minum minuman yang mengandungi kafein dan banyakkan minum air kosong dan jus buah-buahan.

ﻬஐ Gunakan produk kecantikan yang boleh lebatkan rambut anda. 

ﻬஐ Elakkan menggunakan syampu yang mengandungi terlalu banyak bahan kimia. Bahan kimia seperti yang kita tahu akan memberi kesan yang teruk kepada rambut anda.


** korang ada tips lain untuk share? just leave a comment okay 

** menarik: 








25 June 2013

20 June 2013

Giveaway : Like & Menang

assalamualaikum.





hari ni dah habis paper ke-6.tinggal lagi 1 paper lagi sebelum tamat semester 4 yang penuh drama.disebabkan gap untuk next paper seminggu,malam nih sempat la nak beronok-ronok melepak kejap.alah,kejap je.takpe kot kan.ihik

tengah-tengah berblogwalking then terjumpa GA nih.so tangan rajin je nak join.mana tau tiba-tiba bertuah.ada rezeki dapat la menang kan.ihik

jom sama-sama support blogger nih.syarat senang sangat.tak payah nak like segala sponsor bagai.aku kalau GA yang nak kena like berpuluh page bagai tu memang harapan la aku nak masuk.leceh.cuba buat GA yang senang dan mudah,konfem ramai yang masuk.hahaha

membebel panjang,jom join.klik atas tu okayy ;)


p/s : pray for me for the last paper.



13 June 2013

Giveaway Silent Confessions





buat adik nazu,selamat membuat persiapan dan selamat berangkat.good luck ;)





28 May 2013

tips peperiksaan #1 - jangan membaca di luar dewan peperiksaan

assalamualaikum.

*sapu-sapu habuk*

lama sangat tak update blog.ni pon aku curi sikit masa.sibuk sangat dengan kelas,assignment,quiz bagai.biasalah.dah nama pon student life.memang macam nih la gayanya kan.

sekarang nih adalah musim final exam buat student degree kebanyakkannya.aku ada tips peperiksaan untuk dikongsi dengan korang.

korang pernah tak,bila time hari peperiksaan,sementara nak masuk dewan tu mesti nak baca-baca nota bincang-bincang dengan membe? mesti ada kan kan kan?? jangan tipu la.mesti ada punya! haha.aku pon buat jugak macam nih.tapi aku ada terbaca dekat page Osman Affan SmartStudy,sebenarnya kita tak digalakkan membaca buku atau nota di luar dewan peperiksaan.kenapa? jom aku listkan :)

#1 bertambah debaran
exam saja pon dah cukup mendebarkan kita.kalau kita baca buku atau nota dekat luar dewan peperiksaan,mungkin debaran ni makin menjadi-jadi.boleh terkeluar jantung akibat dup dup kuat sangat.ihik.debaran berlebihan akan bawa kepada masalah lain yang tak diingini.

#2 bertambah keraguan
pernah tak korang rasa,bila korang baca buku atau nota di luar dewan,korang rasa macam banyak benda yang korang tak tau/tak faham.macam banyak lagi yang belum dibaca.macam tak pernah belajar pon ada.makin banyak baca,makin banyak timbul keraguan samada kita dah baca ke belum.walhal korang tau je benda tu sebenarnya.

#3 bertambah lupa
bila makin banyak keraguan,kita akan jadi semakin lupa apa yang kita telah baca dan pelajari.lama-lama kita akan jadi keliru dan lupa.lepas tu mula la berdialog dengan diri sendiri "kenapa macam dah lupa semuanya nih?" *menangis dalam hati :'(*

#4 bertambah resah
bila dah semakin berdebar,bertambah keraguan dan mula lupa apa yang dipelajari,kita automatik akan jadi resah.selama ni guru/pensyarah ajar supaya bila masuk dewan mesti lah dengan tenang sekarang ni sebaliknya yang jadi.so,kalau dah resah macam nih,mesti la kita tak dapat menjawab dengan baik soalan yang diberikan nanti.

sumber : Osman Affan SmartStudy

jom ramai-ramai like page nih.ada banyak info dan tips yang berguna korang boleh dapat dari Osman Affan SmartStudy nih :)


menarik :
25 hours with your BFF in the kitchen
Take pictures of ALL the white items!
Apakah yang dikejar makhluk asing di Stuttgart?
Astro Anugerah Blokbuster Ke-2 kembali lagi!





17 May 2013

IT’S BBCC from Farmasi Colour Cosmetic

assalamualaikum.

sekarang ni dah ramai blogger yang review pasal produk BBCC nih. produk ni adalah keluaran FCC (Farmasi Colour Cosmetic).

taraaa! inilah BBCC :)

so,apa ciri-ciri dan kelebihan yang ada dekat produk nih? let's check it out babeyhhh !

* Wajah tetap kelihatan semulajadi setelah diaplikasi seperti tidak mengenakan sebarang solekan.
* Memberi litupan sama seperti bedak asas, namun, teksturnya yang lebih ringan dan tipis tidak menyumbatkan pori-pori sekaligus wajah kelihatan tidak berminyak. 
* Mengandungi Multi-Vitamins yang membantu memperbaiki kulit dari masa ke semasa:

Persamaan BB & CC CREAM:

Macadamia Oil - Memberi kelembapan kepada kulit sepanjang hari.
Vitamin B3 - Mengandungi agen yang dapat mengembalikan 
keserian semulajadi wajah anda.
Oat Extract - Menyuburkan dan menggalakkan pertumbuhan 
sel kulit baru bagi mengekalkan keremajaan kulit.
Silk Protein - Mengandungi agen yang bertindak untuk 
melembutkan, menghaluskan dan menghasilkan 
tona warna kulit yang sekata.
Collagen & Argan Oil - Memperbaiki tesktur permukaan kulit dan 
membantu mengurangkan garis-garis halus 
dan tanda penuaan.

Kebolehan tambahan CC CREAM:

SPF 25 - Perlindungan lebih daripada sinaran cahaya UVA & UVB
Vitamin C - Anti-oksida yang membantu memperbaiki penampilan sun damaged skin, mengurangkan keradangan, menggalakkan penghasilan kolagen, mengurangkan hyper pigmentation dan meningkatkan keberkesanan sunscreen.

Tona : Light to Medium, Medium to Dark
Harga : CC CREAM - RM 45.90 (WM), RM 47.90 (EM) 
BB CREAM - RM 39.90 (WM), RM 41.90 (EM)
Aplikasi : CC Cream - SIANG, BB Cream - MALAM


nampak tak,harga pon berpatutan sangat. jadi mengapa anda perlu memilih?? Miliki KEDUA-DUANYA!!

sekarang nih anda jugak berpeluang untuk dapat BBCC ni secara percuma tau. dan banyak lagi produk yang dikeluarkan FCC.jom singgaH Fb FCC for more info :)
















11 March 2013

mandi malam. baik atau tidak ?

assalamualaikum.

lama blog terbiar. busy ditambah dengan idea yang kosong. makanya blog dibiarkan sepi.

kali nih aku nak kongsikan tentang kebaikan mandi pada waktu malam. orang selalu cakap, mandi waktu malam nih kurang elok untuk kesihatan. ada juga pendapat menyatakan mandi waktu malam akan mendatangkan penyakit.

tak ramai yang tahu, masih ada manfaat yang kita akan dapat jika mandi pada waktu malam. antaranya ialah :


# segar dan santai
setelah penat seharian dengan urusan di pejabat atau universiti-kelas-kolej dan sebagainya, tentu sekali badan kita ingin disirami air yang sejuk. *kalau dapat berendam tu rasa macam heaven sangat kan*. jadi, mandi selepas pulang dari melakukan aktiviti di siang hari akan membuatkan badan kita lebih segar dan berasa lebih santai. kita juga akan dapat tidur yang lebih nyenyak.

# masa lebih lama
waktu pagi adalah masa yang agak singkat. waktu pagi memang kita mandi pon express sangat kan sebabnya masa tu la nak bersiap nak pegi kerja,nak buat sarapan, yang nak pegi kelas pukul 8 pukul 7.30 baru terhegeh-hegeh nak bangun mandi *ehem* so takde maknanya lah nak mandi bershampoo- shampoo bagai pagi-pagi hari kan. jadi, waktu malam lah kita ada masa yang panjang untuk bersihkan badan secara mendalam. masa nih nak berendam tidur terus dalam tuh pon takpe -_-''. hasilnya, badan akan jadi lebih bersih.

# turunkan tekanan darah
mandi waktu malam dapat mempengaruhi tekanan darah kita. lebih-lebih lagi mandi dengan air suam. selain itu, dapat juga mengelakkan kita daripada tekanan kerja-kerja seharian.

# meregangkan otot
selepas seharian melakukan aktiviti, sesetengah otot agak tegang. oleh itu, mandi selepas pulang dari pejabat/aktiviti dapat membantu mengendurkan otot-otot yang tegang dan badan terasa lebih ringan.

# fikiran lebih tenang
biasanya, mandi pada waktu pagi akan menyebabkan kita stress sebab nak kejar masa. tetapi kalau kita mandi pada waktu malam kita tak payah nak fikir-fikir banyak dan boleh mandi dengan tenang.

sumber : majalah rapi


ini jewlah yang aku dapat kongsikan kali nih. aku pon termasuk la jugak dalam kategori suka mandi malam. bagi aku, mandi waktu malam terasa lebih segar. tapi takda lah aku nak pegi mandi tengah-tengah malam pulak kan.kang tetiba bukak pintu ada orang tunggu kang,mau pitam aku kat situ. lepas nih, boleh la aku bidas kawan-kawan aku yang suka membebel kat aku sebab suka mandi malam. siapa kata mandi malam tak bagus! ada jugak baiknya tauu. ihik ;)

which one korang prefer? mandi malam or petang ?

see again :)


menarik : Friendships are worth a lot more than you think!








This Content Of This Blog Belongs To : Fatin Solihah